Wednesday 30 December 2020

ANAI-ANAI MEMBINA BUSUT SEBAGAI TEMPAT TINGGAL


Anai-anai tinggal dalam busut secara berkoloni. Kompleks tempat tinggal anai-anai dalam busut memang ‘canggih’ dan lengkap untuk memenuhi keperluan hidup koloni yang terdiri ratu, raja, askar, pekerja dan kelkatu.

Busut dilihat dari luar memang keras dan seperti tanah biasa. Namun, bentuk di dalamnya memberi gambaran satu tempat tinggal yang ‘lengkap’ dan ‘selesa’ untuk anai-anai hidup.

Pada bahagian atas busut, terdapat lapisan luar dinding busut yang terdiri daripada lubang-lubang kecil menuju ke laluan terowong seperti siri serombong.

Pada bahagian bawah busut pula, terdapat lubang besar berbentuk oval. Apabila waktu pagi, udara panas akan terangkat dan keluar melalui lubang-lubang kecil yang tersedia ada, manakala udara sejuk akan tenggelam ke bawah dan masuk ke dalam lubang besar tersebut.

Namun, apabila waktu malam, kitaran berlawanan akan berlaku. Pada keadaan ini, pertukaran oksigen dan karbon dioksida akan berlaku dan secara langsung menghasilkan pengaliran udara yang efisen.

Kita dapat melihat bahawa struktur dan model busut yang dibina oleh anai-anai mampu menyediakan ventilasi udara yang sangat efisen bagi mengekalkan suhu dan keadaan yang baik di dalam busut. Selain itu, busut yang terbina boleh berhubung dengan air bawah tanah.

Busut ada jantan dan betina, tetapi bukan pasangan untuk melahirkan anak. Jenis busut jantan atau busut betina adalah merujuk kepada bentuk busut berkenaan. Busut betina bentuknya agak besar dan bulat bentuknya. Manakala busut jantan pula bentuknya lancip iaitu tirus di bahagian atas.

Sebagai serangga sosial yang hidup secara berorganisasi, setiap jenis anai-anai memainkan peranan yang besar bagi memastikan busut dalam keadaan baik dan penghuni di dalamnya selamat.

Apabila pencerobohan yang mengakibatkan kerosakan pada pusu seperti keretakan mahupun lubang pada pusu berlaku, anai-anai akan mengetukkan kepalanya pada dinding pusu sebagai penggera kecemasan kepada penghuni lain.

Tahukah anda, apabila kecemasan berlaku, larva anai-anai akan dipindahkan ke bahagian yang lebih selamat manakala jalan masuk di mana raja dan ratu tinggal akan disekat dengan membina benteng untuk menutupi laluan masuk tersebut.

Kemudian, kawasan kerosakan akan dikepong oleh askar anai-anai, dan pekerja anai-anai akan mengangkut bahan-bahan untuk membaiki kerosakan pusu.

Apabila kerja pembaikan pulih selesai, anai-anai akan berkelakuan dan bertindak seperti kebiasaan.

Sebenarnya apa yang berlaku itu dapat kita lihat apabila setiap kali kita meruntuhkan pusu, maka akan ‘tumbuh’ pusu baharu di tapat berkenaan.

Sebab itu, untuk memusnahkan anai-anai perlu dilakukan pembongkaran keseluruhan merosakkan tempat tinggal mereka, terutama mencari ratu dan raja yang melahirkan koloni anai-anai itu.

 

Tuesday 22 December 2020

USAHA JAHAT MELAGAKAN SESAMA PEMIMPIN ISLAM

Melaga sesama pemimpin adalah cara dilakukan musuh untuk melemahkan Islam. Kekuatan umat Islam bergantung kepada ketokohan pemimpin Islam di sesebuah negara atau kawasan. 

Perbalahan di antara pemimpin akan turut melibatkan pengikut dan memberi kesan buruk kepada negara. Maka, untuk melemahkan umat Islam ialah dengan melaga-lagakan sesama pemimpin Islam.

Kita dapat lihat apa yang berlaku ketika zaman Khalifah Al-Rasydin dahulu apabila umat Islam yang baharu hendak berkembang telah berdepan dengan sikap golongan munafik melaga-lagakan sesama pemimpin yang mengakibatkan dua dari empat khalifah mati dibunuh. 

Banyak sahabat yang gugur di tangan orang Islam sendiri akibat berbalah menyokong dua pemimpin berbeza. 

Keadaan yang sama berlaku di seluruh negara Islam sekarang. Masing-masing pemimpin mengaku melakukan demi Islam dan negara, namun hakikatnya mereka telah termakan oleh gula-gula yang ditaburkan oleh pihak kafir. 

Lihatlah bagaimana kejatuhan Shaddam Hussim yang berpunca daripada tindakan rakyatnya sendiri sehingga memberi peluang pihak berkepentingan mengambil kesempatan. Begitu juga senario yang berlaku di Palestin yang menyebabkan isu keamanan masih tidak selesai.  

Perkara sama berlaku di Mesir, Syria, Turki, Libya, Tunisia dan tidak terkecuali di Malaysia biarpun tidak begitu ketara kesannya. 

Dengan erti kata lain, terlalu banyak cabaran dilalui oleh pemimpin negara Islam apabila serangan pemikiran bertali arus sehingga mereka terpengaruh menjadi sebahagian sepertimana bukan Islam.

Mana-mana pemimpin yang menunjukkan kepimpinan yang baik dan diterima rakyat, maka akan diciptakan oleh musuh Islam isu-isu yang boleh menggugatkan kepercayaan rakyat kepadanya. Selain itu, ditonjolkan pemimpin baru yang kononnya lebih baik daripada pemimpin sedia ada.

Akibat percaturan politik ini, rakyat akan berbalah sesama sendiri. Lebih banyak masa digunakan untuk menjatuhkan sesama sendiri berbanding digunakan untuk meningkatkan ekonomi dan kekuatan ummah. Apa sahaja yang dilakukan pihak lain dianggap sebagai salah dan perlu ditentang. 

Fenomina itu menjadikan umat Islam berterusan dalam keadaan lemah dan mudah menerima bantuan pihak luar yang ingin menghancurkan umat Islam. Umat Islam menjadi barua kepada kuasa asing yang ingin menjatuhkan sesama umat Islam. 

Saturday 19 December 2020

CARA TANAM UBI KELEDEK

 
Ini bukan pokok bunga, sebaliknya ia adalah pokok ubi keledek atau dalam dialek Kelantan dipanggil ubi setelo. 

Di Indonesia ia dipanggil ubi jalar. Ada juga memanggil dengan nama ketela rambat, huwi boled dan tela rambat di negara jiran kita itu. 

Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil 'sweet potato' dan orang Jepun pula menyebutnya 'shoyo'.

Ubi keledek merupakan sumber karbohidrat yang cukup penting dalam sistem ketahanan badan kita. Selain karbohidrat sebagai kandungan utamanya, ubi jalar juga mengandungi vitamin, mineral, fitokimia (antioksidan) dan serat (pektin, selulosa, hemiselulosa).

Mudah sangat untuk tanam pokok keledek. Dalam bekas minyak pelincir pun boleh. Tetapi hasilnya tidaklah banyak. Yalah... bekas kecil sukar untuk tumbesaran.

Kalau ditanam di dalam bekas besar dan tentulah paling baik di atas tanah gembur dan berbaja serta mendapat air secukupnya, isi yang terhasil tentulah lumayan dan banyak.

Ubi keledek boleh ditanam menggunakan keratan batang mahupun bahagian ubi. Mudah dan senang.

Jika tumbesaran baik dan mendapat pembajaan yang secukupnya, serta medium tanah yang baik, ubi keledek boleh dituai selepas 4 hingga 5 bulan ditanam.

Sunday 6 December 2020

FOREVER ALOE VERA GEL KAYA KHASIAT KEBAIKAN

Aloe vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman.

Jika dilihat pada struktur tumbuhan aloe vera itu sendiri, bahagian luar daunnya yang keras dan tebal secara semula jadi memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah kepada bentuk jeli.

Jeli pada bahagian berkenaan mempunyai pelbagai khasiat untuk manusia yang mana kebaikannya terutama pada kulit. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi jeli yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat.

Bahagian dalam jeli yang terdedah itu akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila jeli itu digunakan untuk memelihara kulit manusia.

Berdasarkan beberapa kajian, aloe vera adalah tumbuhan paling banyak khasiat yang digunakan untuk kesihatan dalaman dan luaran sejak lebih 5,000 tahun dahulu.

Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Komponen terbaik aloe vera ialah mempunyai sifat membersih dan anti-septik, bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus dan kulat.

Tumbuhan ini juga berupaya menghalang jangkitan kerana bersifat anti bakteria. Berfungsi memelihara kulit dan membaiki sel yang rosak dan penghasilan kolagen dan protein yang mengawal proses penuaan kulit dan kedutan.

Mengambil kebaikan khasiat pokok aloe vera maka lahirlah produk Forever Aloe Vera Gel.

Keistimewaan Forever Aloe Vera Gel
:
- Kesegarannya dikekalkan pada 99.875% dengan menggunakan teknologi penstabilan. 
- Teknologi pembuangan kulit menjadikan ia selamat diminum. 

Pengambilan aloe vera membantu tubuh dengan membuang apa yang tidak baik dan meningkatkan kualiti dalaman tubuh.

Kenapa perlu minum aloe vera?
- Jika anda sihat, minuman aloe vera akan meningkatkan kesihatan organ dalaman anda dan menjadikan anda lebih cergas, bertenaga dan sihat.
- Jika anda kurang sihat, ianya akan membantu perawatan organ dalaman tubuh anda

Pengambilan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada individu. Ada yang bermula dengan dos yang besar seperti setengah gelas mahupun secawan ataupun bermula dengan dos yang kecil seperti 20ml dua kali sehari atau mengambilnya dalam lingkungan 60ml dua kali sehari - waktu pagi sebelum bersarapan dan sebelum anda tidur.

Untuk kesan yang maksimun, elakkan dari makan apa-apa selama sejam selepas pengambilan aloe vera

Kanak-kanak untuk usia setahun ke atas - berikan 15ml dua kali sehari

Aloe Vera bukanlah sejenis "overnight cure" yang akan melakukan segala-galanya dalam tempoh yang singkat. Pun begitu setiap orang mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk melihat kesannya.

Apa yang penting, segala amalan yang tidak sihat seperti merokok, makan makanan yang tinggi kolesterol dan seumpamanya haruslah dihentikan. Berikan ruang untuk tubuh anda mengalami pembaikan atau istilahnya adjustment.

Bolehkah pesakit kencing manis mengambil Aloe Vera Gel?
Dalam sesetengah pesakit kencing manis, didapati Aloe Vera meningkatkan jumlah insulin yang dihasilkan oleh badan.

Sesiapa yang mempunyai diabetes yang ingin mengambil aloe vera harus sedar tentang perkara ini dan harus berunding dengan doktor mereka untuk memastikan bahawa tahap insulin mereka adalah betul dan dipantau dengan teliti.

Terdapat ramai pesakit kencing manis kini minum gel atau jus aloe vera dan mendapati bahawa diabetes mereka "under control" di mana berat badan mereka adalah lebih stabil dan mereka lebih bertenaga.

Alahan dan masalah kulit? Jika takut untuk menghadapi alahan, ambil langkah "ujian pertama" - minum dos pertama anda dan lihat kesannya. Bagaimanapun setakat ini belum ada masalah dan menjadi penawar kepada pelbagai permasalahan kulit.

Bolehkah wanita mengandung mengambil Forever Aloe Vera Gel?
Sebagai peneraju pengeluar produk kesihatan berasaskan Aloe Vera di dunia ini, produk ini adalah tulen dan stabil serta telah dapat digunakan dengan selamat oleh wanita-wanita hamil.

Tempoh keberkesanan penggunaan Forever Aloe Vera Gel bergantung kepada penerimaan badan individu. Sebagai bahan semulajadi, ianya mengambil masa untuk perawatan tubuh dan bergantung kepada individu itu sendiri kerana tahap tindakbalas badan manusia adalah saling berbeza. 
 

Thursday 26 November 2020

GUARANA BAIK UNTUK LELAKI TAMBAH TENAGA

Cepat letih dan tidak bermaya. Kalau begitu, anda perlu dapatkan ekstrak guarana. Guarana mampu tambah tenaga dan kesihatan menjadi lebih baik. Paling hebat untuk menambah tenaga lelaki. Sebab itu ekstrak guarana sering menjadi bahan dalam produk kesihatan lelaki.  

Kajian menunjukkan bahawa biji guarana adalah sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi menyembuh yang unik. Ia kaya dengan guaranin, asid amino, bahan galian, vitamin, karbohidrat, tannin dan theine. 

Guarana terbukti sebagai pemberi tenaga.mencetuskan mekanisme badan untuk mengeluarkan tenaga dan menghindarkan rasa kepenatan. 

Selain itu, guarana mampu menambahkan kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin.

Untuk ibu-ibu yang mengandung, guarana dapat mengurangkan mabuk hamil dan menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah, berfaedah untuk memastikan jumlah oksigen yang mencukupi dibekalkan kepada janin.

Kepada ibu dalam pantang selepas bersalin, guarana bertindak sebagai penggalak tenaga dan mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin dan mengecutkan semula rahim.

Guarana juga membantu mengawal pusingan haid dan mengurangkan ketidakselesaan semasa haid seperti pening kepala, kekejangan perut, loya, penahanan air dalam badan, bengkak dan lain-lain lagi.

Zat-zat yang terdapat dalam guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. 

Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. Sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. 

Memperbaiki sistem penghadaman. Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit.

Merendahkan kolesterol dan asid lemak. Guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. Sistem penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut.

Menguatkan sistem imun. Penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibodi adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan.

Melawaskan kencing. Tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak.

Menguatkan keupayaan seks. Unsur awet muda dalam guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah tidak memerlukan preskripsi rawatan seks. Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin.

Mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran. Tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut.

Menguatkan badan. Memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks.

Kebaikan guarana: 
- Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat. 
- Menguatkan badan. 
- Kurangkan bengkak dan henti pendarahan luaran. 
- Penjagaan kulit dan kosmetik. 
- Menguatkan keupayaan seks. 
- Melawaskan kencing. 
- Awet muda. 
- Menguatkan sIstem imun. 
- Merendahkan kolesterol dan asid lemak. 
- Melindungi hati. 
- Memperbaiki sistem penghadaman. 
- Mengaktifkan sel-sel dan sistem saraf. 
- Memerangi radikal bebas. 
- Sumber tenaga utama. 
- Fungsi menyembuh yang unik.   
- Mencegah bengkak, bisul. 
- Memperbaiki aliran darah. 
- Melegakan anemia. 
- Menghindarkan kesejukan kaki dan tangan. 
- Mengawal keguguran rambut. 
- Membaiki tekanan darah. 
- Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. 
- Mengawal kencing manis. 
- Menghindarkan rasa kepenatan.  
- Menambahkan kesuburan.  
- Mengurangkan mabuk hamil. 
- Menambahkan kandungan hemoglobin dalam darah. 
- Membantu janin mendapat jumlah oksigen mencukupi. 
- Mempercepatkan pembaikan tisu selepas bersalin. 
- Mempercepatkan pengecutan rahim.  
- Membantu mengawal pusingan haid. 
- Mengurangkan ketidakselesaan semasa haid. 
- Menghalangkan saluran darah.  
- Meningkatkan keupayaan otak. 
- Melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi. 
- Membantu proses penghadaman. 
- Meningkatkan kadar penyerapan zat makanan. 
- Menghentikan sembelit. 
- Mencegah keracunan makanan. 
- Menghilangkan kesan jerawat 

Guarana bukan ubat. Ia pemakanan tambahan tradisional. Keberkesanan atau tindak balas berbeza-beza antara individu. Untuk kesan yang maksima, ia perlu diambil secara berterusan. 
 
Dapatkan produk berasaskan guarana. Klik pautan di bawah. Mudah cepat murah.

Friday 13 November 2020

MANUSIA TIDAK TERLEPAS MELAKUKAN DOSA

Rasulullah SAW menjelaskan sememangnya manusia tidak terlepas daripada kesilapan dalam hidupnya dan selamanya manusia itu tidak maksum atau terpelihara kecuali nabi dan rasul.

Pun begitu, keadaan itu tidak pula seharusnya dijadikan alasan untuk melakukan dosa. Kita mesti sedaya mungkin mengelak daripada melakukan dosa. Hanya jika telah melakukan dosa maka teruslah bertaubat memohon keampunan daripad Allah.   

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak Adam melakukan kesilapan, sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu ialah orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah." (Hadis riwayat Darimi)

Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Hamba yang sedar akan dosa yang telah dilakukan terus bertaubat kepada Allah dan menyerahkan diri kepada-Nya dengan penuh penyesalan dan seterusnya membulatkan tekad keazaman mempertingkatkan amal soleh dalam kehidupannya.

Inilah antara ciri orang yang benar-benar beriman kepada Allah selari firman-Nya yang bermaksud: "Dan (antara ciri orang bertakwa itu) ialah orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah, lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka lakukan itu sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (Orang yang demikian sifatnya), balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka dan syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal." (Surah Ali Imran, ayat 135-136)

Taubat bukan sekadar melafaz ucapan, sebaliknya mereka yang bertaubat hendaklah menyesal dan insaf terhadap kesilapan terdahulu dan bertekad tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.

Sesungguhnya taubat bukan saja untuk menghapuskan dosa, tetapi juga sebahagian daripada ibadat. Maka itu, kalaupun merasakan diri tidak melakukan sesuatu dosa secara terang-terang, sebenarnya masih dituntut agar bertaubat sebagai sebahagian amalan harian. Tindakan itu dapat mengingatkan kita agar tidak melakukan dosa-dosa lain.   

Diriwayatkan Rasulullah SAW beristighfar sebanyak 70 kali dan Baginda juga tetap mendirikan solat tahajud di tengah malam padahal Baginda sudah diampunkan dosanya yang terdahulu dan akan datang. Lantas Baginda menjelaskan kepada isterinya tercinta, Saidatina Aisyah, "Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur kepada-Nya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika Rasulullah SAW yang tidak melakukan dosa tetapi tetap melakukan taubat, mengapakah pula kita yang sentiasa tidak sunyi daripada melakukan dosa bertindak sebaliknya. 

Janganlah kita sombong dan menjauhkan diri daripada rahmat Allah. Jadilah kita hamba yang sentiasa membersihkan diri dengan memperbanyakkan taubat. 

Wednesday 4 November 2020

MALAYSIA MAMPU BERI PERKHIDMATAN KESIHATAN PERCUMA

KUALA LUMPUR, 4 Nov -- Malaysia adalah di antara negara di dunia yang mampu memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada seluruh rakyat dan ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata peruntukan yang disediakan bagi maksud penyediaan perkhidmatan kesihatan ialah sekitar RM 30.6 billion setahun.

“Setakat ini kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program Insuran Kesihatan (National Health Insurance) merangkumi semua rakyat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang untuk menubuhkan Insurans Kesihatan atau Kad Kesihatan kepada seluruh rakyat bagi kes penyakit serius atau pembedahan. 

 

PELAJAR PRAKTIKAL BAWAH KUASA PIHAK MANA?

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob mengumumkan atau membuat kenyataan semasa Sidang Media Khas Covid-19 mengenai kedudukan pelajar praktikal bukan di bawah tanggungan Kementerian Pengajian Tinggi, namun ianya di bawah tanggungan majikan. Majikan dimohon supaya membenarkan pelajar praktikal pelepasan, supaya pelajar berkenaan tidak berada di tempat kerja.

Selepas kenyataan itu, banyak warganet yang membuat kenyataan bahawa selagi seseorang itu bergelar ‘pelaja’ maka ia masih di bawah Kementerian Pengajian Tinggi kerana mereka masih membayar yuran pengajian dan memegang status pelajar.

Jangan kusutkan perkara mudah untuk difaham. Beberapa analogi boleh dibuat untuk memudahkan kefahaman.

Analogi mudah yang pertama. Seorang anak perempuan yang sudah berkahwin adalah terletak di bawah jagaan atau kuasa suaminya. Namun, biarpun sudah berkahwin, anak perempuan itu tetap menjadi anak kepada bapanya, biarpun hak terhadap wanita itu telah berpindah kepada suaminya.

Analogi kedua. Anak kita tinggal di asrama. Di mana pun dia tinggal, anak kita tetap anak kita. Status itu tidak berubah. Namun, tentu sekali kita tidak boleh sewenangnya membuat keputusan atau tindakan berkaitan anak kita sepanjang dia berada di asrama. Undang-undang dan peraturan asrama perlu dipatuhi.

Analogi yang lebih dekat dengan situasi yang berbangkit sekarang. Anak kita berkerja di satu tempat di bawah satu majikan. Anak kita tetap anak kita. Tetapi, dalam segala urusan berkaitan kerja adalah tertakluk kepada majikan.

Jadi, tentu tidak susah untuk kita faham mengenai siapa sebenarnya berhak membenarkan pelajar praktikal pelepasan, supaya pelajar berkenaan tidak berada di tempat kerja.

Oleh itu, benar dan tepat apa yang diumumkan oleh Ismail Sabri. Jangan kecoh-kecoh dalam keadaan wabak Covid-19 masih mengganas. Baik kita semua fikirkan tentang bagaimana hendak lakukan amalan Kita Jaga Kita.


Monday 2 November 2020

Siapa TPM dari UMNO?

Siapa Timbalan Perdana Menteri (TPM) dari UMNO? Perkara ini belum ada keputusan diumumkan kepada umum. Tidak pasti sama ada calonnya sudah ada, tetapi belum tiba masanya untuk diumumkan. Atau ia masih dalam perbincangan di peringkat UMNO dan mungkin juga menunggu keputusan Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin siapa yang dipilih.

Sukar untuk merungkai persoalan ini selagi ia tidak dinoktahkan melalui pengumuman rasmi dan seterusnya majlis angkat sumpah jawatan individu yang dipilih itu.

Memang semua sedia maklum, tumpuan sekarang ialah kepada Bajet 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November ini di Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen (dengan andaian kehadiran kesemua Ahli Perlimen 221 – 1 kerusi kosong iaitu Batu Sapi), tetapi isu pelantikan TPM tidak wajar disepikan.

Tidak salah perkara ini dilakukan serentak, bahkan lebih baik jika ia dapat dimuktamatkan sebelum pembentangan Bajet. Ketika pembentangan Bajet nanti, Muhyiddin sudah ada TPM untuk bersama-sama mendepani apa sahaja cabaran yang bakal timbul, khususnya di kalangan pembangkang.  

Tentang siapa bakal dilantik menjadi TPM memang masih menjadi tanda tanya. Jika kedudukan dalam parti diambil kira, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah paling layak sebagai kedudukannya sebagai Presiden. Tambahan, beliau pernah menduduki kerusi TPM pada era pemerintahan BN dahulu.

Namun, Zahid seperti dilapor Malaysiakini pada 9 Mac lalu menolak sebarang pencalonan bagi memegang jawatan dalam kabinet.

Menurut laporan itu, Zahid mahu penyokong parti berlapang dada menerima keputusan perdana menteri berhubung pelantikan mana-mana anggota parlimen sebagai anggota jemaah menteri.

Zahid berkata beliau menolak untuk memegang jawatan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) kerana mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selain itu, Zahid juga berkata beliau akan menumpukan untuk "membersihkan diri" di mahkamah berhubung kes-kes yang dikaitkan dengannya.

"Saya menolak jawatan kabinet agar dapat fokus mempersiapkan parti menghadapi PRU ke-15.

"Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah dan pertuduhan-pertuduhan terhadap saya tidak digugurkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh peguam negara terdahulu terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sebelum ini," katanya.

Sebenarnya banyak pemerhati politik setuju jika Zahid menolak jawatan TPM seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini.

Bahkan banyak pemerhati politik membuat beberapa alasan lain mengapa Zahid tidak wajar menerima tawaran sebagai TPM.

Zahid perlu mempertahankan maruah sebagai Presiden UMNO, parti terbesar dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), tidak wajar berada di bawah arahan Muhyiddin, Presiden Bersatu yang kedudukannya lebih kecil.

Tambahan, selama ini Zahid berulang kali menegaskan bahawa sokongan UMNO terhadap PN hanya dalam konteks sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk membentuk kerajaan bagi menghentikan konflik politik negara akibat perletakan jawatan Tun Mahathir sebagai PM.

Tambahan, Presiden UMNO telah meneruskan legasi bermaruah dan mementingkan integriti apabila tidak berada dalam kerajaan dan kabinet apabila berdepan kes mahkamah.

Perkara ini diakui dan dipegang Zahid sendiri yang ingin membersihkan dirinya dari segala tuduhan di mahkamah berhubung kes-kes yang dikaitkan dengannya.

Tindakan serupa sebenarnya telah diamalkan pemimpin UMNO sebelum ini. Ambil contoh tindakan Tan Sri Rahim Tamby Chik meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka apabila beliau dituduh di mahkamah melakukan kesalahan berkaitan seksual dengan budak bawah umur. 

Keputusan meletakkan jawatan juga dilakukan oleh pemimpin kanan UMNO lain apabila mereka dihadapkan ke mahkamah.

Justeru itu, di kalangan pemerhati politik berpendapat maruah dan imej Zahid sebagai individu mahupun sebagai Presiden UMNO lebih dipandang tinggi dan akan memberi impak besar kepada kelangsungan politik beliau selepas didapati tidak bersalah oleh mahkamah (begitulah hendaknya) dan imej UMNO terus berada pada kedudukan diyakini ahli dan rakyat.

Adanya kewajaran Zahid menolak jawatan TPM, tidak pula bermakna UMNO perlu menolak jawatan tersebut untuk diberikan kepada mana-mana pemimpin UMNO yang lain.

UMNO perlu menerima tawaran, bahkan perlu menuntut jawatan TPM kerana dengan ada wakil UMNO sebagai TPM akan memberi peluang untuk UMNO kembali diperkasakan di dalam kabinet dan sekaligus memberi lebih ruang untuk membantu menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku sekarang.

Kedudukan wakil UMNO sebagai TPM tentunya dapat meredakan amarah ahli UMNO yang beranggapan UMNO dinafikan hak dan peranan dalam kerajaan PN walaupun mempunyai Ahli Parlimen paling ramai di kalangan parti yang bergabung dalam kerajaan PN.

Umum mengetahui kedudukan wakil Bersatu lebih monopoli dalam kerajaan PN. Selain jawatan PM, Bersatu turut dilihat berkuasa apabila dua dari empat menteri kanan adalah wakil Bersatu iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Radzi Md Jidin,

Isu siapa bakal dilantik TPM satu ‘konflik’ besar di antara Muhyiddin dan kepimpinan UMNO sendiri, namun ia boleh dimurnikan dengan semua pihak berlapang dada. Berbincang dan ambil keputusan bijak yang memberi situasi “menang-menang” bagi semua pihak.

Utamakan kepentingan negara dan rakyat, berbanding kepentingan diri sendiri.

Thursday 29 October 2020

LANTIK 3 TIMBALAN PERDANA MENTERI SERENTAK?

Memang terkejut besar ambo apabila mendapat khabar mengejutkan bahawa tiga orang telah dilantik mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Berita ini memang belum disahkan, tetapi ia tersebar luas di media sosial apabila ada poster mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Memang tidak percaya, tetapi itu dikatakan akan berlaku. Kalau ia benar-benar berlaku, ini sudah dikira satu rekod yang tidak pernah berlaku di dalam sistem pemerintahan negara ada tiga TPM serentak.

Itu intro artikel yang tidak akan diteruskan. Cukuplah sekadar dua perenggan itu.

Inilah contoh, kalau tidak pasti jangan kongsi. Macam-macam berita dan gambar yang tersebar sebenarnya berita palsu atau setengah dianggap sebagai sindiran dan gurauan.

Mengambil kesempatan keadaan mengenai siapakah yang bakal dilantik menjadi TPM ada pihak yang membuat poster mengucapkan tahniah kepada pemimpin yang dikatakan disebut-sebut bakal dilantik sebagai TPM. Tidak pasti sama ada poster itu dibuat oleh individu sama atau berlainan.

Perkara serius tidak patut dibuat gurauan. Carilah bentuk jenaka lain yang lebih menghiburkan berbanding cerita sebegini. 

 

JAWATAN TPM PERLU IKUT KEDUDUKAN DALAM UMNO

Siapa paling layak untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dikhususkan kepada UMNO? Bermacam andaian atau pendapat berlegar di media sosial yang diutarakan oleh pemerhati politik dan ahli akar umbi.

Setiap yang memberi pendapat atau hujah melalui sudut pandang masing-masing. Namun, pada masa sama pendapat atau pandangan itu wajar melihat kepada naratif yang berkaitan dengannya.

Padangan umum melihat, jawatan TPM perlu diisi oleh pemimpin UMNO mengikut kedudukan perjawatan dalam parti. Mereka dipilih oleh ahli yang meletakkan seseorang pemimpin pada satu-satu jawatan. Jawatan dalam parti juga satu bayangan bahawa itulah juga kehendak ahli untuk kepimpinan peringkat negara.

Maka, jika kedudukan dalam parti diambil kira, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah paling layak sebagai kedudukannya sebagai Presiden. Tambahan, beliau pernah menduduki kerusi TPM pada era pemerintahan BN dahulu.

Namun, Zahid seperti dilapor Malaysiakini pada 9 Mac lalu menolak sebarang pencalonan bagi memegang jawatan dalam kabinet.

Menurut laporan itu, Zahid mahu penyokong parti berlapang dada menerima keputusan perdana menteri berhubung pelantikan mana-mana anggota parlimen sebagai anggota jemaah menteri.

Zahid berkata beliau menolak untuk memegang jawatan dalam kabinet Perikatan Nasional (PN) kerana mahu memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selain itu, Zahid juga berkata beliau akan menumpukan untuk "membersihkan diri" di mahkamah berhubung kes-kes yang dikairkan dengannya.

"Saya menolak jawatan kabinet agar dapat fokus mempersiapkan parti menghadapi PRU ke-15.

"Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah dan pertuduhan-pertuduhan terhadap saya tidak digugurkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh peguam negara terdahulu terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sebelum ini," katanya.

Itu jawapan kontra kepada cadangan yang mahukan Zahid dilantik sebagai TPM.

Kalau bukan Zahid, maka susunan seterusnya ialah Datuk Seri Mohamad Hasan. Banyak orang suka kepada cadangan ini.

Persoalannya, Tok Mat Hassan bukan ahli parlimen. Oh... ada kata boleh dilantik sebagai sanator untuk membolehkan dilantik sebagai TPM. Ya, cara ini memang dibenarkan dalam Perlembagaan.

Namun ada dua perkara perlu diketahui. Pertama, untuk melayakkan Tok Mat Hassan menjadi TPM, dia juga perlu dilantik sebagai menteri untuk sebarang portfolio. Ini kerana jawatan TPM tiada dalam perlembagaan. Mana-mana TPM sebenarnya menyertai kabinet atas kedududukannya sebagai menteri.

Jika ingin melantik Tok Mat Hassan sebagai menteri, maka perlulah dirombok kedudukan menteri dalam kabinet dan salah seorang perlu dipecat. Atau ditambah satu kementerian baharu atau dilantik ke jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang sekali gus juga menambah satu lagi jawatan menteri.

Persoalan lain akan berlaku jika Tok Mat Hassan dipilih sebagai TPM ialah dia tidak layak untuk memangku jawatan Perdana Menteri kerana jawatan itu hanya dikhususkan kepada Ahli Dewan Rakyat.

Seterusnya kita lihat pula kepada kedudukan seterusnya iaitu Naib Presiden. UMNO ada tiga jawatan Naib Presiden yang kini disandang oleh Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dari ketiga-tiga Naib Presiden itu, yang berada dalam kabinet Muhyiddin sekarang hanyalah Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan. 

Berdasarkan kepada naratif tersebut, Ismail Sabri dilihat sudah diterima dalam kabinet. Sudah diberi jawatan Menteri Kanan yang bermaksud menteri diyakini Muhyiddin untuk melaksanakan tugas penting.

Ismail Sabri ternyata sepanjang tempoh menjawat menteri kanan telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik, terutama dalam memerangi Covid-19.

Malah, ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Ismail Sabri telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat yang mana perlantikan itu dipersetujui oleh semua ahli parlimen dari BN dan PAS yang berada di blok pembangkang pada ketika itu. 

 

MUHYIDDIN PAKSA UMNO PILIH HISHAMUDDIN SEBAGAI TPM?


Sebelum ini bertiup kencang ura-ura mengatakan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada UMNO yang dilihat sebagai satu langkah untuk memperkukuhkan kedudukannya yang semakin goyah diasak dari segenap penjuru.

Pada satu aspek, tawaran itu memang elok dan sepatutnya sejak awal lagi ia dilakukan. Namun, perkara yang mencurigakan ialah tawaran ini bersyarat iaitu Muhyiddin tidak mahu menerima Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi.

Penganalisa politik berpendapat tawaran itu sebagai tidak ikhlas dan bakal memberi kesan buruk kepada UMNO.

Sekarang ini timbul pula dakwaan kononnya Muhyiddin paksa UMNO pilih Hishamuddin sebagai TPM.

Babak cerita politik memang kompleks. Setiap apa yang tersebar tidak boleh dianggap benar sehinggalah ia benar-benar berlaku.

Umpama perlawanan bolasepak, bola yang melepasi garisan gol tidak boleh dianggap sebagai jaringan gol sehiggalah disahkan oleh pengadil perlawanan.

Apapun naratif di sebalik cerita ‘Muhyiddin tidak terima Zahid’ dan ‘Muhyiddin paksa UMNO pilih Hishamuddin sebagai TPM’, kematangan politik perlu digarap dalam pemikiran sebelum membuat keputusan.  

Menerima bulat-bulat permintaan Muhyiddin (mengikut naratif di atas, jika benar) dilihat akan menjadi punca berlaku perbalahan dalaman UMNO yang membawa kepada perpecahan apabila UMNO dipaksa oleh pihak luar daripada parti terutama oleh parti PPBM.

Namun, pada sisi lain pula, banyak pemerhati politik berpendapat tawaran ‘istimewa’ ini perlu disambut dengan baik. Ini masanya untuk UMNO kembali diperkasakan di dalam kabinet dan sekaligus memberi lebih ruang untuk membantu menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku sekarang.

Jika pilihan itu diterima, siapa calon paling layak di kalangan pemimpin UMNO untuk dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Berdasarkan kepada situasi semasa pemimpin UMNO yang sudah berada di dalam senarai kabinet Muhyiddin, tokoh yang dianggap paling layak ialah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pendapat ini berdasarkan kepada Ismail Sabri kini telah berada pada kedudukan sebagai Menteri Kanan Keselamatan. Dalam kabinet Muhyiddin terdapat empat menteri kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, YB Mohd Radzi Md Jidin, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ismai Sabri sendiri.

Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.

Ismail Sabri ternyata sepanjang tempoh menjawat menteri kanan telah berjaya melaksanakan tugas dengan baik, terutama dalam memerangi Covid-19.

Faktor kedua yang sepatutnya dipandang penting ialah jawatan Ismail Sabri dalam UMNO sebagai Naib Presiden. Ismail Sabri adalah wakil UMNO paling kanan di dalam kabinet Muhyiddin sekarang ini.

Malah, ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH), Ismail Sabri telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat yang mana perlantikan itu dipersetujui oleh semua ahli parlimen dari BN dan PAS yang berada di blok pembangkang pada ketika itu.

Percalonan Ismail Sabri dilihat paling tepat jika UMNO menerima syarat Muhyiddin yang menerima calon selain Zahid Hamidi.

Mengenai Hishamuddin, tiada siapa mempertikaikan ketokohannya. Namun, seperti sedia maklum, beliau bukan di kalangan pemimpin tertinggi UMNO, biarpun kini dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional.

Haraki dalam parti perlu diambil kira dalam perlantikan ke jawatan kabinet. Ia mewakili parti dan bukan atas individu. Jawatan TPM yang ditawarkan adalah kepada UMNO. Maka seharusnya ia dipilih oleh parti.

Muhyiddin perlu menghormati pilihan UMNO jika benar-benar ikhlas ingin menjalani hubungi baik dengan parti yang dianggap sebagai penyelamat kedudukannya sekarang.

Thursday 22 October 2020

CARA HADAPI PENYAKIT TUA

Tua adalah sejenis ‘penyakit’ yang tidak dapat dielakkan biarpun mungkin dilambatkan mengguna ubatan agar wajah dan tubuh kekal cantik dan sihat. Namun, penyakit tua tidak dihadapi semua orang. Ia terkecuali kepada mereka yang mati sebelum sampai usia tua.

Dalam proses penuaan yang semula jadi ini, sedikit demi sedikit wajah dan tubuh badan menunjukkan tanda penuaan itu. Penyakit tua satu proses yang mesti dilalui setiap orang, melainkan mereka yang mati pada usia muda.  

Kedut pada tepi mata, kulit menggeleber, sendi sakit-sakit, badan berasa lenguh dan nafas mudah semput adalah antara tanda penuaan. Pada masa sama, cara berfikir seseorang juga boleh dan akan berubah dalam meniti usia semakin meningkat.

Apa pun, manusia secara semula jadinya tidak begitu risau dengan perubahan corak berfikir apabila usia meningkat. Apa yang selalunya paling ditakutkan oleh manusia adalah perubahan fizikal yang berlaku apabila semakin tua. 

Pada masa sama, keberkesanan organ dalaman badan untuk berfungsi dengan penuh berkesan juga akan menurun dengan peningkatan usia.

Oleh itu, kita dapat lihat bagaimana manusia cuba mengekalkan ciri usia mudanya. Misalnya, nenek-moyang kita menggalakkan pemakanan ulam-ulaman agar nampak awet muda. 

Pada zaman ini pula penggunaan ubat-ubatan dan alat kosmetik untuk kembali kelihatan muda banyak digunakan. Lebih canggih lagi apabila ada yang sanggup melalui kesakitan semata-mata ingin kelihatan muda.

Apapun takrif permulaan tua bagi seseorang, hidup alam tua tentunya banyak berbeza berbanding ketika usia yang dianggap paling bermakna iaitu dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. 

Ketika usia tua keadaan fizikal mula berubah semakin hilang keupayaan. Penglihatan semakin kabur, telinga tidak lagi dapat mendengar dengan jelas, tenaga zahir dan batin semakin menurun, daya ingatan tidak lagi setajam dulu, ketahanan badan menghindar penyakit jelas dalam keadaan lemah apabila pelbagai jenis penyakit mula bersarang di dalam badan dan pelbagai petanda lain.

Apabila memasuki era tua, kebanyakan individu cuba ‘melayan’ hidupnya secara yang dianggap sebagai tanda dirinya sudah tua. Sebab itu, golongan tua distereotaip sebagai terlalu bergantung kepada pihak lain, lemah, menyusahkan, tanpa sumbangan dan tiada kreativiti.

Sepatutnya, golongan tua tidak meletakkan diri mereka sedemikian, melainkan mencapai keadaan itu yang tidak lagi upaya untuk mengubahnya. Dalam hal ini, golongan tua perlu digalak dan dilatih supaya boleh hidup berdikari untuk mengekalkan kualiti hidup mereka. 

Imej ini dapat diubah jika masyarakat memandang positif era umur tua dan meningkatkan tahap keyakinan diri, kebebasan daripada penggantungan, meneruskan sumbangan, mengekalkan identiti diri, menjaga tahap kesihatan dan tidak menyisihkan diri.

Terdapat dua cabaran besar dalam hal ini. Pertama usaha mengubah sikap golongan tua sendiri ke arah itu dan keduanya ialah pandangan negatif terhadap golongan tua di kalangan masyarakat.

Sumbangan golongan tua boleh dipromosi dengan menekankan kemampuan, kesihatan dan kreativiti mereka. Individu mencapai usia melebihi 60 tahun masih boleh aktif, termasuk melakukan tugas rutin mencari rezeki, berdasarkan kesesuaian tahap fizikal. Malah, banyak individu berusia mencecah 80 tahun terus aktif dan dapat berdikari.


Sunday 11 October 2020

BUAH KEDONDONG KAYA KHASIAT UNTUK KESIHATAN

Kedondong merupakan sejenis buah-buahan tempatan. Nama lain kedondong ialah buah amra. Pokoknya adalah dari jenis pokok tropika yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. 

Ketinggian biasa pokok kedondong yang dijumpai di Malaysia ialah sekitar 10 meter hingga 12 meter. Ia membiak melalui biji benih dan pembiakan tampang.

Buahnya berwarna hijau ketika muda dan berubah menjadi kekuningan apabila masak. Buahnya dimakan ketika tidak terlalu masak kerana apabila masak isi buahnya bertukar menjadi sabut dan tidak sesuai dimakan lagi.

Pucuk kedondong sangat sedap dijadikan ulam. Daunnya yang telah tua pula boleh dijadikan campuran dalam salad. 

Buahnya boleh dimakan bersama kuah rojak atau dijadikan jeruk. Buahnya sedap dijadikan jus. Tambah menyelerakan bila dicampuri dengan ais dan asam boi.

Buahnya juga boleh dijadikan pajeri sebagai lauk dan dimakan bersama nasi. Rasa pucuknya sebagai ulam memang sangat sedap dan menyelerakan.

Dari segi perubatan pula sangat banyak. Antaranya kedondong dapat membantu mengurangkan masalah pencernaan, mengubati diarrheadan kandungan zat besi dalam buahnya meningkatkan penghasilan sel darah merah bagi pesakit anaemia.

Kalsium yang terdapat pada buahnya juga boleh mencegah penyakit jantung. Ia juga dapat mengawal kandungan kolestrol dalam darah. 

Buahnya yang kaya dengan vitamin C dapat membantu badan meningkatkan kekebalan dalam melawan penyakit. Selain dari itu ia juga boleh menjadi agen awet muda.

Kegunaan kedondong mengikut bahagian:

BUAH
- Anemia
Kandungan zat besi dalam 100 gram buah kedondong mencapai 30 mg, dapat membantu proses pembentukan sel darah merah.
- Kecantikan kulit wajah dan tubuh
Kaya kandungan vitamin C iaitu 30-50 mg dalam 100 gram. Amal makan buah kedondong dapat membantu proses meningkatkan penghasilan kolagen yang berperanan penting dalam kekenyalan kulit. Selain itu, vitamin C juga bersifat antioksida yang dapat mencegah radikal bebas. 
- Menjaga saluran usus dan diet
Kandungan serat pada 100 gram buah kedondong yang mencapai 0.83-3.60 mg sangat bermanfaat untuk melancarkan fungsi pencernaan.
- Menurunkan berat badan 
Dengan kandungan lemak, protein dan karbohidrat dalam jumlah rendah, buah kedondong juga dapat membantu bagi mereka yang sedang menjalani program diet untuk menurunkan berat badan. Pilihlah yang belum matang benar kerana kandungan buah kedondong yang belum matang benar ini sangat tinggi serat dan air. Sementara buah kedondong yang matang kandungan sukrosanya tinggi sehingga menambah jumlah kalori di dalamnya.
- Ubat batuk semula jadi
Untuk mengubati batuk, gunakan 3 biji buah kedondong yang telah dicuci bersih. Diparut dan perah airnya tanpa ditambahkan air. Tambah sedikit garam pada air perahannnya dan ramuan siap utnuk diminum 2 kali sehari.
- Penambah tenaga dan kesihatan tubuh
Buah kedondong memiliki unsur gula dalam bentuk sukrosa yang bermanfaat sebagai penambah tenaga dan kesihatan tubuh.

DAUN
- Kudis dan luka terbakar
Daun kedondong juga digunakan secara tradisional untuk mengubati kudis, luka perih dan luka terbakar.
- Mengatasi cirit-birit
Untuk mengatasi cirit-birit, gunakan kurang lebih 15 gram kulit batang kedondong segar yang telah dicuci bersih. Dipotong kecil dan rebus dengan 2 gelas air selama 15 minit. Tunggu sampai sejuk dan tapis dan air hasil tapisan dapat diminum 2 kali sehari.

Saturday 26 September 2020

KUASA MISTIK MENGENAI KUCING


Ramai yang menyangka kucing tidak mempunyai apa-apa peranan dalam kehidupan kita. Kucing dianggap hanya sebagai binatang pemalas yang hanya tahu makan dan minum. Tanggapan anda itu salah!!!

Adakah anda tahu bahawa pada zaman sekarang lebih banyak orang memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing?

Di sini akan dirungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui.

Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian untuk menyingkirkan kuasa negatif dari tubuh kita.

Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih banyak orang dalam satu keluarga dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energi negatif dari semua orang ini.

Ketika kucing tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yang telah mereka serap dari kita. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yang kita berikan!

Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban untuk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka. 

Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada roh yang tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur.

Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik-baik sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita pada malam itu.

Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku di sekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil untuk melindungi kita.

Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa tidak ada perkara harus dibimbangi.

Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pada saat itu.

Kucing jalanan sedia membantu anda. Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, carila tempat yang sesuai untuknya.

Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui, dan di dalam mimpi  kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.

Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing. Kerana ia pasti kembali kepada anda  untuk memenuhi tanggungjawabnya.

Kucing adalah makhluk yang comel, kasih mereka kepada kita sangat jujur. cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka.

Ajar anak kita untuk menyayangi kucing, kerana ia juga akan mendidik jiwa anak menyayangi dan menyukai perkara kebaikan lain.   

CATATAN: SOAL MISTIK INI ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUINYA. SEMOGA IA TIDAK MEMBAWA KEPADA FAHAMAN SYIRIK DENGAN BERANGGAPAN KUCING MEMPUNYAI KUASA TERSENDIRI.

Wednesday 16 September 2020

DATA PERIBADI RAKYAT DILINDUNGI


Isu data peribadi bukanlah perkara ringan, tak kira di mana-mana negara pun. Sebab itulah kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau dikenali sebagai Akta 709 agar dapat kawal sejauh mana para pelanggan boleh dilindungi dalam dunia data kini.

Dalam Akta 709, ada 7 prinsip utama yang wajib diketahui oleh penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) dan para pelanggan. Kalau kita rasa penyedia perkhidmatan (pengguna maklumat) tidak ikut mana-mana di antara 7 prinsip yang digariskan, kita boleh buat aduan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesuruhajaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Jujurnya mana-mana penyedia perkhidmatan tidak boleh ambil data sesiapa sahaja tanpa persetujuan individu berkenaan. Justeru, kita kena jelas dan maklum mengenai tujuan dan kepentingan data peribadi kita diambil.

Maka itu, setiap orang diminta baca, fahami dan tandatangan (atau klik setuju) masa keluar notis atau Terma dan Penggunaan.

Kesimpulannya apa yang penting di sini adalah kita sebagai para pengguna yang kena jaga maklumat peribadi kita, lagi-lagi untuk pengguna media sosial tegar dan kelompok pengguna yang masih kurang faham bahawa dunia teknologi kita kini lebih bersifat data-driven (dipacu oleh data peribadi).

Data peribadi amat penting untuk mudahkan hidup kita dengan bantuan perkhidmatan dalam talian, selain dari dijadikan ‘bahan kajian’ untuk memudahkan para syarikat memahami tabiat pengguna dan pembeli.

 

Monday 24 August 2020

KENAPA PERLU GUNA MINYAK PELINCIR BERKUALITI TINGGI

Kenapa kita perlu guna minyak pelincir yang berkualiti tinggi? Eh... kalau minyak pelincir berkualiti tinggi tentu harga lebih mahal kan? Ya. Tidak dinafikan minyak pelicir berkualiti tinggi lebih mahal. Namun ia berbaloil Biasanya, yang berkualiti mempunyai bahan tambahan dalamnya menjadikan ia lebih tahan panas dan lasak.

Sayangi kenderaan anda. Ia umpama diri anda yang memerlukan makanan dan pemakanan tambahan yang berkualiti untuk hidup yang lebih bermakna.

Enjin kenderaan yang mendapat minyak pelicir berkualiti tinggi samalah dengan badan kita yang cukup makan makanan yang berzat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Memang pemilik kereta cari jalan untuk jimatkan kos servis. Tapi jangan sampai merosakkan enjin kereta pada jangka masa panjang.

Elakkan guna yang terlalu murah. Sebab yang terlalu murah biasanya tidak memberikan pelindungan secukupnya dan tidak tahan panas.

Pilihlah yang berkualiti dan harga berpatutan.

Biasanya, yang berkualiti mempunyai bahan tambahan dalamnya menjadikan ia lebih tahan panas dan lasak.

Sayangilah kenderaan anda.

Keterangan gambar: Enjin kotor akibat mengguna minyak pelincir berharga murah.