Monday 24 August 2020

KENAPA PERLU GUNA MINYAK PELINCIR BERKUALITI TINGGI

Kenapa kita perlu guna minyak pelincir yang berkualiti tinggi? Eh... kalau minyak pelincir berkualiti tinggi tentu harga lebih mahal kan? Ya. Tidak dinafikan minyak pelicir berkualiti tinggi lebih mahal. Namun ia berbaloil Biasanya, yang berkualiti mempunyai bahan tambahan dalamnya menjadikan ia lebih tahan panas dan lasak.

Sayangi kenderaan anda. Ia umpama diri anda yang memerlukan makanan dan pemakanan tambahan yang berkualiti untuk hidup yang lebih bermakna.

Enjin kenderaan yang mendapat minyak pelicir berkualiti tinggi samalah dengan badan kita yang cukup makan makanan yang berzat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Memang pemilik kereta cari jalan untuk jimatkan kos servis. Tapi jangan sampai merosakkan enjin kereta pada jangka masa panjang.

Elakkan guna yang terlalu murah. Sebab yang terlalu murah biasanya tidak memberikan pelindungan secukupnya dan tidak tahan panas.

Pilihlah yang berkualiti dan harga berpatutan.

Biasanya, yang berkualiti mempunyai bahan tambahan dalamnya menjadikan ia lebih tahan panas dan lasak.

Sayangilah kenderaan anda.

Keterangan gambar: Enjin kotor akibat mengguna minyak pelincir berharga murah.

 

Thursday 13 August 2020

MAKANAN LAUT SUMBER UTAMA PROTIN

 

Makanan laut adalah merujuk kepada semua bentuk hidupan laut yang boleh dimakan, terutama ikan dan kerangan. Kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Termasuk dalam senarai makanan laut ialah mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba. Turut dimakan ialah tumbuh-tumbuhan laut, seperti rumpai laut dan mikroalga, dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia.

Makanan laut sering dibezakan daripada daging, walaupun ia masih haiwan dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protin penting dalam banyak diet di seluruh dunia, terutama di kawasan pantai.

Kebanyakan penuaian makanan laut dimakan oleh manusia, tetapi sebahagian besar digunakan sebagai makanan haiwan lain dan dijadikan baja. Manusia juga menggunakan produk hasil lain secara tidak langsung seperti penggunaan minyak ikan setelah ia melalui proses ekstrak.

Dari segi hukum mengikut Islam, secara umumnya semua hasil laut boleh dimakan. Namun terdapat perbezaan pendapat dalam mazahab. Imam mazahab Hambali melarang mekan belut, manakala Syafie melarang katak dan buaya. Sementara itu kerang pula ditegah dalam mazahab Hanafi.

Hukum Kasyrul Yahudi pula melarang memakan kerang dan belut. Dalam Perjanjian Lama, Mosaic Covenant membenarkan Bani Israil memakan ikan bersirip, tetapi kerang dan belut adalah satu perbuatan yang keji dan tidak dibenarkan.