Jambu batu mempunyai pelbagai khasiat seperti meningkatkan
imuniti badan dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, mengawal gula darah dan
kolesterol, membantu penghadaman melalui serat yang tinggi, melegakan kesakitan
haid, serta menyumbang kepada kesihatan jantung dan kulit.
Selain buahnya, daun jambu batu juga boleh digunakan sebagai
teh untuk tujuan perubatan, seperti mengawal diabetes dan mengurangkan
keradangan.
Pokok
jambu batu mudah ditanam dan cepat berbuah jika menggunakan anak kacukan. Pokok
tidak tinggi dan boleh ditanam di halaman rumah. Juga boleh ditanam di dalam
pasu.
9 khasiat jambu batu.
1. Jantung
Jambu batu membantu menjaga dan meningkatkan kesihatan jantung. Kandungan kalium (potassium) yang tinggi dan serat larut dalam jambu mampu menyumbang kepada kesihatan jantung yang lebih baik.
2. Menurunkan tekanan darah
Jambu batu kaya dengan vitamin A dan kalium yang mampu mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah serta menghalang darah menjadi pekat sekali gus mengawal tekanan darah.
3. Hati
Kandungan antioksidan yang tinggi dan vitamin dalam jambu batu boleh membantu melindungi hati daripada rosak akibat radikal bebas.
4. Senggugut
Daun jambu batu yang digunakan secara tradisional oleh masyarakat di India sejak dahulu lagi mampu mengatasi masalah senggugut dan kekejangan perut akibat haid.
5. Mata
Pengambilan jambu batu dapat membekalkan vitamin A untuk badan dan membantu meningkatkan daya penglihatan, memperlahankan pembentukan katarak serta menghindarkan risiko retinitis pigmentosa iaitu penglihatan yang sensitif terhadap cahaya.
6. Sistem penghadaman
Jambu batu adalah sumber terbaik serat pemakanan dan bagus untuk sistem penghadaman. Ia membantu melancarkan pembuangan air besar dan mengelakkan sembelit.
7. Kanser
Jambu batu boleh mencegah dan menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser. Kandungan jambu batu yang tinggi antioksidan seperti lycopene dan vitamin C membantu untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel-sel iaitu antara punca utama kanser.
8. Sistem imun
Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan sistem imun yang sihat. Sifat antimikrob berfungsi membantu membunuh bakteria jahat dan virus yang boleh membawa jangkitan.
9. Kecantikan
Jambu batu yang tinggi dengan antioksidan boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan. Ini mampu melambatkan proses penuaan, membantu mencegah kedutan dan merawat jerawat.