Thursday, 17 September 2026

RUMAH BERSEJARAH PERISTIWA MEMALI

 
Rumah Bersejarah Peristiwa Memali. Ia adalah rumah atau lokasi berlakunya tragedi berdarah yang dikenali Peristiwa Memali. Tragedi itu berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah.

Peristiwa melibatkan pertembungan antara penduduk kampung dan pihak berkuasa apabila pihak polis ingin menahan Ibrahim bin Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Operasi penangkapan itu dikenali Operasi Angkara/Operasi Hapus. Usaha penangkapan itu bukan sahaja dibantah oleh Ibrahim Libya dan ahli keluarga, tetapi turut melibatkan penduduk kampung yang sanggup menjadi benteng hidup.

Penduduk kampung menganggap Ibrahim Libya sebagai pemimpin mereka dan guru agama yang banyak memimpin mereka ke jalan benar dan menjadi tokoh yang berjasa.

Justeru, penduduk kampung berhabis-habisan mempertahankan Ibrahim Libya daripada ditangkap pihak polis. Apabila rundingan dan pujukan pihak polis tidak diendahkan, serta berlaku provokasi dan tindakan tidak terkawal sehingga berlaku rusuhan yang mengakibatkan  18 kematian, iaitu 14 orang penduduk kampung, termasuk Ibrahim Libya dan empat anggota polis.  

Peristiwa ini menjadi kontroversi dalam sejarah Malaysia dan mencerminkan ketegangan antara pihak berkuasa dan masyarakat yang memperjuangkan ajaran agama.

Melangkah masuk ke rumah bersejarah ini, pengunjung berpeluang melihat bahan sejarah berkaitan peristiwa berkenaan.

Kredit pemilik gambar