
Spirulina adalah organisma yang ringkas dan bersel tunggal. Alga biru-hijau ini diiktiraf sebagai makanan semula jadi yang terunggul. Menurut kajian, spirulina memang mendatangkan pelbagai khasiat untuk tubuh badan.
Spirulina dianggap sebagai sumber lengkap bagi protein yang berkualiti tinggi dan sering dibandingkan dengan telur untuk jumlah protein setiap gram.
Ia juga menyumbang vitamin B1 atau thiamin yang diperlukan untuk penghadaman lemak dan protein. Ia sering diambil untuk meningkatkan tenaga, kesihatan mata, fungsi otak dan meningkatkan fungsi saraf.
Spiirulina juga merupakan salah satu sumber tumbuhan terbaik untuk zat besi. Malah bagi mereka yang makan daging, ia mempunyai bentuk besi yang sangat mudah diserap yang lembut bagi sistem pencernaan.
Spirulina kaya dengan kalsium. Mempunyai lebih daripada 26 kali kalsium yang terdapat dalam susu.
Spirulina adalah sumber utama nutrien lain termasuklah vitamin B-1 (tiamin), B-2 (riboflavin), B-3 (nikotinamida), B-6 (pyridoxine), B-9 (asid folat), vitamin C, vitamin D, vitamin A dan vitamin E.
Ia juga merupakan sumber kalium, kromium, magnesium, mangan, fosforus, selenium, sodium dan zink. Spirulina mengandungi banyak pigmen yang boleh memberi manfaat pada badan.
Kajian menunjukkan bahawa spirulina mungkin sangat membantu dalam mengimbangi gula dalam darah, dan mungkin juga berkesan sebagai ubat diabetes dalam beberapa keadaan.
Spirulina adalah antioksidan yang kuat. Antioksidan adalah komponen yang melindungi sel-sel kita daripada berlaku kerosakan.
Membantu membuang logam berat dalam badan. Spirulina boleh bergabung dengan logam berat di dalam badan dan membantu menghilangkannya. Ia juga sangat tinggi dengan kandungan klorofil, yang membantu menghilangkan toksin daripada darah dan meningkatkan sistem imun.
Ketahanan otot. Spirulina diketahui meningkatkan pembakaran lemak semasa senaman. Kandungan antioksidan yang tinggi menjadikannya bermanfaat dalam mengurangkan oksidasi yang selalunya menyebabkan keletihan otot dan ketidakupayaan untuk membentuk otot dengan baik
Dapatkan produk spirulina
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/3Vdk2mfkWO?
- https://s.shopee.com.my/7KqSbrqXZf?
Di TikTok
No comments:
Post a Comment