Pokok anggur hidup di kawasan beriklim
sejuk dan mediterranean. Malaysia beriklim tropika berhawa panas. Jadi, tentu
satu perkara 'mustahil' untuk pokok anggur hidup subur di Malaysia.
Namun, itu hanya tanggapan dan 'keyakinan'
yang betul pada tiga atau empat dekad lalu. Sebaliknya, kini anggup mampu hidup
subur di Malaysia dan mengeluarkan buah.
Biarpun tidak ditanam dalam skala besar,
penanaman anggur di Malaysia semakin berkembang, terutama di kalangan mereka
yang menjadikan aktiviti menanam sebagai hobi. Sudah ramai yang mencuba dan
berjaya menanam anggur sehingga mengeluarkan buah.
Sekarang ini anak benih anggur boleh dibeli
di kebanyakan kedai menjual anak pokok buah-buahan dan pokok hiasan.
Anda boleh belajar cara menjaganya dari
penjual anak benih anggur itu. Ataupun, sekarang ini banyak maklumat boleh
dicari di internet yang mengajar A hingga Z mengenai penanaman, pembajaan dan
penjagaan pokok anggur sehingga mengeluarkan buah.
Malah, Jabatan Pertanian juga ada
menganjurkan kursus menanam anggur dan penjagaannya.
Penanaman dan penjagaan pokok anggur tidak
sukar jika tahu cara dan kaedah yang betul. Satu kepuasan apabila sesuatu yang
masih jarang dilakukan oleh orang lain berjaya dilakukan dengan baik. Anda yang
berminat boleh mencubanya sendiri.
Anggur bukan lagi sukar ditanam dan
dibuahkan di negara ini jika tahu tekniknya. Ia boleh dilakukan oleh mereka
yang mahu menjadikan anggur sebagai tanaman hobi di pinggir rumah dan juga yang
ingin menanam secara komersial.
Anggur boleh ditanam di atas tanah atau
dalam pasu dan tidak memerlukan kawasan luas, sekali gu sesuai ditanam di rumah
kawasan perumahan yang mempunyai ruang terhad.
Malah anggur yang ditanam itu berbuah lebat
seperti di luar negara dan rasanya manis seperti dijual di pasar raya.
Anggur yang ditanam mengeluarkan hasil
dalam masa enam bulan sahaja. Selepas ditanam tiga bulan ia sudah menggeluarkan
bunga dan tiga bulan kemudian, boleh menikmati buahnya.
No comments:
Post a Comment