Pertima adalah jenama sardin keluaran bumiputera yang berada
di pasaran sejak 1972. Satu jenama yang sudah lama di pasaran dan mempunyai
pengguna setia.
Hasil tangan anak tempatan. Produk Pertima dihasilkan
sepenuhnya oleh syarikat bumiputera, membantu menyokong dan memajukan ekonomi
tempatan.
Sardin pertima diproses daripada bahan mentah hingga siap di
dalam tin, semuanya dibuat di Kilang Pertima Trengganu yang terletak di Kawasan
Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.
Produk Pertima menggunakan bahan mentah yang segar untuk
memastikan produk yang dikeluarkan bermutu tinggi dan memenuhi cita rasa
pengguna di pasaran. Tiada cacing dan tak hanyir, sedap dimakan begitu saja.
Pertima diiktiraf dengan pelbagai sijil seperti HALAL Jakim,
ISO 9001:2008, HACCP, dan MeSTI, memastikan produknya menepati standard kualiti
dan keselamatan tertinggi. Produk Pertima mematuhi nilai teras "Yakin
Halal dan Suci" sejak penubuhannya.
Produk berkualiti pada harga yang kompetitif dan berpatutan.
Dengan tagline "Terunggul Sejak 1972", Pertima telah menunjukkan
prestasi cemerlang dan konsisten di pasaran.
No comments:
Post a Comment