Batu kecubung merupakan batu permata kuarza kristal yang
datang dalam warna ungu daripada ungu lembut sehingga unggu gelap. .
Warna ungu sering dikaitkan sebagai warna golongan bangsawan dan kerana itu batu permata ini amat digemari dan terkenal di kalangan mereka.
Batu kecubung sering dikaitkan dengan simbolisme seperti
kerohanian, ketenangan minda, dan penyembuhan.
Nama batu kecubung dikatakan diilhamkan dari warna bunga
pokok kecubung yang berwarna ungu. Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisi batu
kecubung sebagai sejenis permata yang berwarna ungu kebiru-biruan.
Batu kecubung diperoleh secara semula jadi melalui
penggalian di kawasan bukit. Antara kawasan terdapat batu kecubung yang
berkualiti ialah di kawasan bukit di Jeli, Kelantan yang hasilnya dikenali
sebagai Batu Kecubung Jeli.
Nama lain batu kecubung ialah ametis (amethyst) yang
digunakan secara global dan istilah dalam pelbagai bidang seperti fizik.
geogologi dan kimia.
Warna ungu sering dikaitkan sebagai warna golongan bangsawan dan kerana itu batu permata ini amat digemari dan terkenal di kalangan mereka.
No comments:
Post a Comment