Monday 30 January 2023

KHASIAT UBI POKOK GELI-GELI

 
Pokok Geli-geli, gali-gali atau nyambing ialah sejenis tumbuhan herba. Pucuk mudanya boleh dibuat ulam dengan merebusnya dan dicicah dengan sambal belacan budu dan cencalok atau cecahan yang lain. Rasanya lemak sedap seakan-akan rasa asparagus.

Perhatian perlu diberikan kerana daun geli-geli mengandungi sedikit toksid dan perlu direbus sehingga masak dahulu jika ingin dimakan dan tidak boleh dimakan mentah.

Daun pokok geli-geli bentuknya bercabang-cabang dan batang pokok geli-geli berduri. Pokok geli-geli tak gatal.

Bahagian pokok geli-geli yang boleh dimakan atau dibuat sayur ialah bahagian pucuk mudanya. Cara untuk dibuat sayur adalah seperti sayur-sayur yang lain seperti sawi, kangkung dan bayam.

Pokok geli-geli tumbuh di tanah berpaya atau di tepi-tepi sungai dan alur. Maksudnya tanah yang agak basah. Pokok geli-geli mempunyai struktur yang kasar dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu isi atau batang, pelepah dan daun.

Pokok geli-geli mempunyai akar yang kasar dan akar yang beserabut halus. Batangnya menjulur di dalam tanah yang berpaya dan di bahagian-bahagian yang tertentu mengeluarkan pokok geli-geli.

Pada kebiasaannya pokok geli-geli mempunyai batang atau isi hanya sebesar ibu jari tangan. Pokok geli-geli tumbuh bertempat satu kumpulan dan kadang-kadang sepokok sahaja.

Pokok ini mempunyai khasiat yang tersendiri untuk perubatan tradisional seperti baik untuk buah pinggang dan merawat gout.

Khasiat pokok geli-geli untuk pesakit buah pinggang:
- Ambil ubi pokok geli geli, cuci bersih dan dipotong nipis. Basuh sampai bersih. Dijemur sehingga kering.
- Bila dah kering, ambil secekak dan rebus dengan 2 liter air sehingga mendidih. Sampai tinggal agak seliter. Angkat dan biarkan ia suam.
- Amalkan minum setiap hari dua kali. Insya-Allah sakit buah pinggang dan sakit sakit yang lain akan beransur sembuh.


No comments:

Post a Comment