Tuesday, 26 July 2016

Khasiat biji selasih

Banyak khasiat, kebaikan dan manfaat mengamalkan memakan biji selasihBiji selasih atau dipanggi ‘telur katak’ biasa dicampurkan dalam air minuman. Rasa biji selasih amat sedap apabila dicampurkan dalam apa jua jenis minuman. 

Rasa biji selasih unik dan menjadi kegemaran ramai. Biji selasih dimasukkan ke dalam air akan kelihatan seperti telur katak apabila mengembang.

Biji selasih lengkap dengan nutrien berkhasiat untuk diet harian. Biji selasih lengkap dengan nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. Seperti makanan tambahan yang lain, biji selasih pasti dapat memberi kesan baik di dalam diet anda.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah.

Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Dapatkan biji selasih 

No comments:

Post a Comment