Hubungan
seks songsang sesama jantina menjadi antara penyebab utama penularan wabak
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS).
Aktiviti
tidak sihat kaum lelaki yang melakukan hubungan seks sesama mereka memberikan
kesan buruk dalam institusi keluarga dan masyarakat ketika ini.
Menurut
laporan Kementerian Kesihatan Malaysia bermula tahun 1986 hingga Disember 2018
terdapat seramai 12, 737 penghidap AIDS dalam negara ini.
Jangkitan
kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) pada tahun 2018 mencatatkan
peningkatan tertinggi iaitu 48 peratus dalam kalangan belia dan remaja yang
berusia 20 hingga 39 tahun.
Transmisi
jangkitan HIV melalui hubungan seksual yang melampaui batasan penyebab utama
penularan wabak berbahaya dan meruntuhkan akhlak institusi masyarakat kita.
Hubungan
kekeluargaan yang erat dengan mengutamakan ajaran agama kukuh mampu mengatasi
masalah yang rancak berlaku ini.
Ibu
bapa perlu kenal anak masing-masing. Hubungan seks kaum lelaki sama jenis,
musuh kita dalam senyap mengundang padah sekiranya tidak dibendung lebih awal.
No comments:
Post a Comment