Kita
adalah manusia pendosa. Banyak melakukan dosa sama ada secara sengaja mahupun
tidak sengaja. Dosa tetap dosa sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun. Sesiapa melakukan dosa akan diampun atau dihapuskan dosa
itu jika kita bertaubat. Jadi, bermohon keampunan kepada Allah sepanjang masa.
Jika
Rasulullah SAW yang bebas atau tidak melakukan dosa sentiasa bertaubat sehingga
100 kali sehari, mengapa kita yang banyak dosa tidak mahu bertaubat?
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: ”Hai sekalian manusia! Taubatlah kalian kepada
Allah dan mintalah ampun kepadaNya, kerana sesungguhnya aku bertaubat kepada
Allah dalam sehari sebanyak seratus kali”
Tidak
ada khilaf (perbedaan pendapat) di antara ulama tentang wajibnya taubat. Bahkan
taubat adalah fardu ain yang harus dilakukan oleh setiap muslim dan muslimah.
Ibnu
Qudamah Al Maqdisi (wafat 689 H.) berkata: ”Para ulama telah ijma tentang
wajibnya taubat, kerana sesungguhnya dosa-dosa membinasakan manusia dan
menjauhkan manusia dari Allah. Maka, wajib segera bertaubat.”
Allah
SWT memerintahkan kita untuk bertaubat, dan perintah ini merupakan perintah
wajib yang harus segera dilaksanakan sebelum ajal tiba.
Allah
SWT berfirman bermaksud: “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman agar kamu beruntung. (Surah An Nur, ayat 31).
Dalam
firman lain pula bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah
kepada Allah dengan taubat yang benar (ikhlas) …” (Surah At Tahrim, ayat 8).
Manakala
dalam surah Hud ayat 3 pula firman Allah bermaksud: "Dan hendaklah kamu
meminta ampun kepada Rabb-mu dan bertaubat kepadaNya, (jika kamu mengerjakan
yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus)
kepadamu, hingga pada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan
kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika
kamu berpaling, maka sungguh aku takut, kamu akan ditimpa siksa hari Kiamat.
(Surah Hud: 3).
Sesungguhnya
taubat wajib dilakukan dengan segera, tidak boleh ditunda. Imam Ibnul Qayyim berkata:
”Sesungguhnya segera bertaubat kepada Allah dari perbuatan dosa hukumnya adalah
wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh ditunda.”
Imam
An Nawawi berkata: ”Para ulama telah sepakat, bahawa bertaubat dari seluruh
perbuatan maksiat adalah wajib; wajib dilakukan dengan segera dan tidak boleh
ditunda, apakah itu dosa kecil atau dosa besar.”
No comments:
Post a Comment