Cuba
anda baca dan faham kenyataan Datuk Seri Hamzah
Zainudin ini. Kalau untuk lebih faham, baca sampai 10 kali.
Mereka yang masih lagi dalam UMNO adalah kumpulan-kumpulan yang benar-benar menghayati perjuangan UMNO itu sendiri. Yang keluar daripada parti pengkhianat. Kerana apa? Kerana mereka mempunyai nafsu. Dia ikut nafsu. Dia bukan ikut perjuangan. Jadi, sebab itu orang yang mengikut nafsu dia keluar. Oleh kerana dia ikut nafsu, dia akan buat cerita macam-macam. Dia akan buat fitnah. Dia akan keluarkan macam-macam cerita untuk merosakkan permikiran ahli UMNO. (Kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung PPBM, ketika masih menjadi ahli UMNO).
Ini kenyataan beliau ketika belum bergelar katak. Apabila sudah bergelar katak tentu lain bunyinya yang hanya difahami di kalangan katak sahaja. Mereka tahu mengapa perlu menjadi katak.
Disebabkan banyak yang menjadi katak, maka mewujudkan kluster katak.
Berlainan dengan kluster mahkamah. Mereka layak digelar pejuang sejati. Mereka tidak tunduk kepada kehendak musuh yang hendak rosakkan UMNO.
Kalau mereka hendak mengelak dikenakan tindakan mahkamah senang sahaja. Iaitu mereka kena jadi katak.
Kluster mahkamah adalah individu yang benar-benar menghayati perjuangan UMNO, kekal berjuang demi agama bangsa. Mereka tidak rela digelar katak pengkhianat.
No comments:
Post a Comment