Pemimpin
dan ahli UMNO yang pro kepada PPBM, elok sahaja menyertai parti berkenaan. Ikut
sahaja seperti dilakukan kluster katak. PPBM pasti menerima dengan senang hati.
Sebaliknya,
jika masih sayangkan UMNO, putuskan hubungan dengan PPBM apabila Parlimen
dibubarkan seperti yang telah diputuskan oleh MKT UMNO. Tidak dengan PKR, tidak
dengan DAP dan tidak dengan PPBM.
Hubungan
sekarang atas dasar membentuk kerajaan untuk menyelesaikan kemelut politik
negara apabila gagal menamakan Perdana Menteri untuk menggantikan Tun Mahathir.
Pemimpin
UMNO kena ingat, jika mereka bersama PPBM dalam PRU15, mereka akan kekal menjadi
khadam PPBM. UMNO akan dilemahkan perlahan-lahan sehingga tidak mampu lagi
meneruskan fungsi sebagai parti memperjuangkan Islam Melayu.
Sebab
itu PPBM ingin terus kekal dikerusi kluster katak yang dimenangi UMNO.
PPBM
ditubuhkan sebagai pesaing UMNO. PPBM bermatlamat untuk mematikan UMNO. PPBM
bukan kawan UMNO.
Dalam
persaingan, kalau kita tidak membunuh lawan, lawan akan membunuh kita. Dibunuh
atau membunuh. UMNO kena buat pilihan. Fakta itu perlu disedari.
No comments:
Post a Comment