Tuesday 8 June 2021

EJAAN BETUL, 'MEE GORENG' ATAU 'MI GORENG'?

Kita kerap mengeja ‘mee goreng’ untuk merujuk kepada sejenis makanan yang popular di negara kita. ‘Mee’ bukan sahaja digoreng tetapi juga ada menu berkuah atau rebus.

Adakah ejaan sebenar bagi ‘mee’ yang popular di negara kita ini. Seperti biasa ejaan perkataan kita rujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ditaip perkataan ‘mee’, carian kamus online DPB tidak memaparkan definisi untuk perkataan tersebut.

Ditaip perkataan ‘mi’ akan terpapar definisinya: 1. sejenis bahan makanan yang rupanya seperti laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat daripada tepung gandum dll); mi halus mihun; 2. masakan daripada mi; mi goreng mi yang digoreng dengan perencah-perencahnya; mi sup mi yang ber­kuahkan sup. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Justeru itu, ejaan betul untuk ‘mee goreng’ adalah ‘mi goreng’.

No comments:

Post a Comment