Bendi
terbaik untuk dibuat ulam mahupun dijadikan sayur adalah bendi yang masih muda.
Bendi muda rasanya lembut dan mudah dimakan.
Sedangkan
bendi tua biarpun nampak besar dan elok, sebenarnya tidak lagi sesuai dimakan.
Isinya keras dan berserabut.
Bagi
mereka yang pakar mengenai buah bendi sudah tentu tidak sukar untuk mengenal
pasti mana bendi muda dan mana pula sudah tua.
Bagi
mereka yang tidak pakar atau arif mengenai keadaan buah bendi, biasanya akan
mematahkan pada hujung buah bendi untuk menentukan sama ada buah itu muda atau
sudah tua.
Kalau
mudah dipatahkan dan terputus, itu tandanya buah itu masih muda dan sesuai
dijadikan sayur atau dibuat ulam.
Jika
sukar dipatahkan dan tidak putus, itu tandanya sudah tua.
Perbuatan
mematahkan hujung buah biasanya tidak disenangi penjual. Buah akan nampak tidak
elok dan cepat rosak.
Jadi,
bagaimana cara yang mudah tanpa perlu mematahkan?
Caranya
mudah sahaja. Ia dapat dikenali dengan melihat bahagian tangkai yang dipotong.
Hujung
tangkai yang tidak berlubang, itu tandanya buah masih muda. Sedangkan jika hujung
tangkai ada lubang atau rongga, itu tandanya buah itu telah tua.
Mudahkan
cara hendak tahu buah bendi sama ada masih muda atau sudah tua.
Semoga
perkongsian itu bermanfaat. Konsikan pautan ini untuk lebih banyak orang
mendapat manfaatnya.
No comments:
Post a Comment