Tuesday, 9 August 2022

PUSAT OLAH PERANG KEM SYED SIRAJUDDIN

 
Pusat Olah Perang. Sejarah penubuhan Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD) bermula dengan penubuhan Tim Projek Simulasi Tentera Darat pada 15 Sep 1982 di Shah Alam, Selangor. Pasukan ini menggunakan buku panduan `First Forray’ sebagai sistem olah perang secara manual.  Ia adalah pemberian Tentera Darat New Zealand. 

Pada 15 Dis 1982 kumpulan ini telah berpindah ke Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur di bawah pentadbiran MK Kor TD dan pada 1 Jan 1983 telah dinamakan sebagai Tim Simulasi Peperangan Tentera Darat. 

Pada 14 Dis 1986, pasukan ini telah berpindah ke Kem Segenting, Port Dickson dan dinamakan Tim Simulasi Tempur Tentera Darat (Tim Simpur TD).

Pada awal Julai 1987, Projek Simulasi Peperangan (PSP) ditubuhkan di Kem Batu Uban, Pulau Pinang bertujuan untuk membuat penyelidikan dan pembangunan Sistem Olah Perang Bantuan Komputer secara usaha sama dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.     

Pada 1 Jan 1990 Projek Simulasi Peperangan dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson dan dinamakan Cawangan Penyelidikan & Pembangunan dan digabungkan dengan Tim Simpur TD. Hasil gabungan tersebut POP TD telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1990 melalui FED(M)/4060/1/90. 

Sistem Olah Perang Bantuan Komputer berpandukan model Tempur Pertama telah siap dibangunkan dinamakan Tempur Utama  dan beroperasi pada penghujung tahun 1993 hingga 1996. 

POP TD telah berpindah dari Kem Segenting, Port Dickson ke Kem Syed Sirajuddin Gemas pada 16 Dis 2008 dan menumpang di Kem 14 RAMD. Tapak Kem POP TD telah dibangunkan untuk dijadikan Kem Kolej Tentera Darat. 

Pada 22 Jul 2013 POP TD telah berpindah secara rasminya ke kem sendiri yang terletak di hadapan Hospital Tentera Darat (HTD) Gemas. 

Konsep pembinaan kem baru adalah untuk menyediakan kemudahan yang serba lengkap meliputi aspek latihan olah perang dan simulasi untuk membantu  formasi TD, ATM dalam latihan termasuk latihan bilateral serta multilateral. 

Infrastruktur baru kem POP TD di atas tanah seluas 94 ekar melibatkan kos sebanyak RM73 juta.

Pembinaan kem ini berkonsepkan lengkap sendiri (self contained) di mana ia menyediakan segala keperluan asas seperti penginapan, sajian dan tempat eksesais untuk menampung keperluan pelaku-pelaku eksesais. Pembinaan kem ini melibatkan keluasan binaan seluas 23,016.94 meter persegi.



No comments:

Post a Comment