Sunday 12 March 2023

TERMINAL BAS KOTA BHARU SENTRAL (KB SENTRAL)

 
Kota Bharu bakal memiliki terminal bas serba canggih apabila Terminal Bas Kota Bharu Sentral (KB Sentral) yang bernilai kira-kira RM64 juta dijangka siap pada penghujung 2026.
 
Projek yang dibangunkan sebagai kawasan Pembangunan Berorientasikan Transit itu akan mula dilaksanakan dalam masa terdekat di kawasan seluas 2.02 hektar dekat Mukim Pendek.
 
Terminal KB Sentral ini terletak bersebelahan dengan tapak cadangan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang konsepnya memenuhi ciri-ciri islamik, mesra alam dan teknologi hijau, mesra pejalan kaki dan Orang Kurang Upaya, selain dilengkapi kemudahan awam seperti pusat konvensyen, tempat letak kereta awam dan hotel.
 
Pembangunan projek ini akan dilaksanakan secara penswastaan yang segala kos tanah dan pembangunan projek ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pemaju.
 
Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn Bhd akan melaksanakan pembangunan dan pengoperasian KB Sentral.
 
Pembangunan KB Sentral ialah seiring dengan pembinaan projek ECRL yang telah bermula pada 2020 dan dijangka siap pada 2027.
 
Pembinaan KB Sentral bakal menggantikan Terminal Bas Kota Bharu yang terletak di Lembah Sireh.

No comments:

Post a Comment