Wednesday, 29 November 2023

SMK PANGGUNG JAYA WAJAR DICONTOHI

 
Ketika kebanyakan pihak berkuasa tempatan (PBT), jabatan, organisasi mahupun sekolah mendaulatkan dan berbangga dengan peggunaan istilah bahasa Inggeris, warga Sekolah Kebangsaan Panggung Jaya, Gua Musang melakukan sebaliknya.
 
Warga SMK Panggung Jaya yang dipimpin pengetuanya, Mohd Khairul Bahari Ismail menzahirkan “Kami Sayang SMKPJ” dengan menggunakan istilah “kami” dan bukannya “we” atau “i” yang banyak digunakan pihak lain.
 
Biarpun nampak remah bagi pihak lain, namun warga SMK Panggung Jaya ingin menyatakan isi hati dan semangat mereka dalam istilah yang dekat dengan mereka iaitu bahasa Melayu.
 
Mereka bangga dan sayang bahasa Melayu. Itulah bahasa yang menyatukan warga SMK Panggung Jaya yang sebahagian besar pelajarnya adalah di kalangan Orang Asli.
 
Kalau ada pelancong atau warga asing yang tidak faham istilah “kami”, biarkan mereka. Tidak ada pihak mampu untuk memahamkan semua orang tentang apa yang ditulis. Tidak mungkin perlu menulis semua jenis bahasa di dunia ini semata-mata ingin orang lain memahaminya.
 
Apa yang ingin dijana dan membentuk semangat sayang kepada organisasi ialah di kalangan warganya. Jadi, istilah yang ditulis atau digunakan ialah yang difahami oleh warganya. Peduli apa tentang orang lain faham atau tidak.
 
Tahniah warga SMK Panggung Jaya. Anda hebat. Semoga terus mencipta kejayaan dan sesuatu yang membanggakan seluruh warga.

No comments:

Post a Comment