Gajah adalah haiwan yang tempoh mengandung paling lama.
Gajah betina mengandung selama 18 bulan sehingga 23 bulan mengikut spesies.
Spesies gajah Afrika mengandung paling lama iaitu 23 bulan. Spesies gajah berbadan kecil, tempoh kehamilan hanya 18 bulan.
Gajah betina menjadi matang apabila umur antara
8 hingga 12 tahun. Jangka hayat gajah adalah 60 hingga 80 tahun.
Seekor gajah betina biasanya hanya melahirkan anak sebanyak
empat atau lima ekor sahaja sepanjang hayat. Selang masa gajah betina
melahirkan anak seterusnya ialah kira-kira empat tahun. Hanya kira-kira satu
peratus daripada kelahiran gajah adalah kembar.
Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala
gajah jantan lebih suka hidup bersendirian.
Gajah biasanya berehat ketika cuaca
panas. Setiap kumpulan mempunyai kawasan tersendiri untuk mencari makanan.
Gajah suka berenang dan mandi di sungai.
No comments:
Post a Comment