Wednesday, 14 May 2025

ETS GENERASI KETIGA KELAS 94

 
Tahun 2025 mencatatkan sejarah perkembangan kereta api di Malaysia apabila landasan kereta api dari utara sehingga selatan akan lengkap sepenuhnya landasan berkembar dan menggunakan elektrik.
 
Ketersediaan landsan tersebut bermakana perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) boleh dilaksanakan sepenuhnya. Serentak dengan itu, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal memperkanalkan ETS Genarasi Ketiga (ETS3) yang lebih canggih dan memberi keselesaan kepada pengguna.
 
ETS3 dibina oleh China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) Zhuzhou Locomotive Co. Ltd. Dua set ETS3 dibina di China dan baki lapan set lagi dibina di Kompleks CRRC,  Batu Gajah, Perak.
 
Kilang pembuatan kereta api CRRC di Batu Gajah beroperasi sejak 2015 dengan nilai pelaburan RM400 juta.
 
Dua set ETS3 kini sedang menjalani ujian pejalanan sebelum digunakan untuk mengangkut penumpang.
 
Apabila kesemua 10 set kereta api ETS3 beropeari, ia akan memperkukuh perkhidmatan ETS di seluruh Semenanjung Malaysia, khususnya bagi laluan yang semakin berkembang ke selatan semenanjung.
 
Reka bentuk ETS3 diilhamkan daripada seni bina Opera House Permaisuri Zarith Sofiah, menjadikan ia satu penghormatan kepada warisan seni dan budaya Johor.
 
ETS3 menggunakan formasi 6 gerabak mampu menampung 312 penumpang iaitu 270 standard dan 36 perniagaan. Ia akan beropeasi dengan kelajuan maksimum 160 kilometer perjam dengan sumber kuasa 25 KV AC 50Hz melalui pantograf.
 
Dengan keupayaan kelajuan dan kemudahan terkini, masa perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dijangka sekitar 3 jam 30 minit sahaja. Ini bakal menjadikan ETS3 sebagai alternatif utama kepada pemanduan jarak jauh, sekali gus mengurangkan kesesakan lebuh raya dan pelepasan karbon.
 
ETS3 bukan sahaja mempermudah mobiliti antara wilayah, malah membuka peluang baru dalam sektor pelancongan, logistik, hartanah dan pekerjaan berkemahiran tinggi di sepanjang laluan rel.

1 comment:

  1. Assalamaulaikum tuan memohon jawatan kosong

    ReplyDelete