Kerajaan Negeri Kelantan menghargai serta menyambut baik
pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan
untuk negeri Kelantan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, sempena lawatan kerja ke
Kelantan pada 18 April 2026.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin bin Daut
dalam satu kenyataan akhbar turut menyatakan penghargaan apabila Anwar turut mengumumkan
peruntukan berjumlah RM500 ribu bagi kerja-kerja membaik pulih prasarana SMU(A)
Darul Ulum Al-Muhammadiah, Bachok akibat kebakaran pada 12 April 2026.
Turut diumumkan bantuan kepada insitusi pendidikan Islam di
negeri Kelantan termasuk kepada tujuh buah pondok di jajahan Pasir Puteh,
Bachok dan Pasir Mas.
Kerjasama erat dalam menunaikan hak rakyat dengan penuh
kesaksamaan amat penting untuk membangunkan negara dan nasib rakyat dapat terus
dipelihara.
Lawatan rasmi Anwar Ibrahim ke Kelantan turut merangkumi
perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP),
perasmian Masjid Gong Chapa Temila di Pasir Puteh serta Mesyuarat Pembangunan
Pasir Puteh di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.
Lawatan pengumuman peruntukan itu membawa
mesej Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan negeri pembangkang.


No comments:
Post a Comment