Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). AKM terletak di bawah Pejabat
Perdana Menteri diberi tanggungjawab oleh kerajaan sebagai agensi pusat untuk
menerajui latihan kenegaraan ke arah pembinaan negara bangsa.
AKM berfungsi sebagai medium untuk memperkasakan latihan
kenegaraan bagi meningkatkan kefahaman serta memastikan rakyat Malaysia
mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
AKM diberi mandat sebagai agensi yang mengkoordinasi hal
ehwal latihan kenegaraan merentasi lima kumpulan sasar, iaitu kepimpinan negara;
eksekutif (penjawat awam, korporat dan badan berkanun), belia dan institusi pendidikan
(belia, remaja TVET dan ahasiswa), golongan komuniti (komuniti bandar, desa dan
peneroka); dan pengamal media digital.
Bermula pada April 2024, AKM melaksanakan Program Latihan
Kenegaraan Malaysia MADANI yang melibatkan lima kumpulan sasar tersebut.
Modul komprehensif dibangunkan dengan memberi penekanan
terhadap elemen sejarah kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Konsep Malaysia MADANI.
Usaha ini selaras dengan hasrat kerajaan bagi mewujudkan
sebuah negara yang lebih maju dan makmur melalui pemupukan nilai-nilai murni
bagi memperkukuh identiti nasional dan semangat patriotik.
Program dilaksanakan di 18 Pusat Latihan Kenegaraan (PLK)
yang terletak di seluruh negara, fasiliti yang terpilih, kawasan komuniti dan
tempat-tempat yang bersesuaian dengan program yang dijalankan.
Tenaga pelaksana program dilakukan oleh staf AKM, Sahabat
Penggerak Madani (SPM), penceramah atau pengajar jemputan dan individu yang
berkepakaran dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dijalankan.

No comments:
Post a Comment