Monday, 7 September 2026

IKAN BAUNG EKOR MERAH

 
Ikan baung ekor merah. Spesies ikan asing ini bersifat agrasif yang boleh mengancam habitat ikan sungai tempatan. Ikan ini mampu membesar berpuluh-puluh kilo beratnya. Mampu memakan ikan yang bersaiz pinggan.

Bayangkan ikan ini memenuhi perairan sungai kita tanpa ada yang menangkapnya. Memang pupus habis semua hidupan akuatik tempatan.

Telah banyak sungai di dalam Malaysia telah didiami oleh ikan baung ekor merah. Sebab itu, ikan baung ekor merah ini ditegah dilepaskan di perairan bebas seperti di sungai dan tasik.

Tindakan tegas mengikut Peraturan-Peraturan Perikanan (Pindaan) 2024 membabitkan ikan baung ekor merah atau nama saintifiknya Hemibagrus wyckioides adalah dikuatkuasakan.   

Pindaan berkenaan mewartakan larangan mana-mana pihak mengimport, menjual, memelihara, menyimpan atau mempamer famili, genus atau spesies ikan hidup air terbabit.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memandang serius kemunculan ikan asing di negara ini yang kini semakin bertambah, pindaan peraturan perikanan sememangnya wajar dilaksanakan dalam memastikan ikan tempatan tidak pupus serta menjaga kelestarian ikan asli dalam sungai tempatan.

Jabatan Perikanan melakukan pemeriksaan secara berkala projek ternakan ikan sangkar dalam memastikan kegiatan menternak ikan baung ekor merah tidak terus berlaku walaupun spesies berkenaan mendapat permintaan menggalakkan daripada pengguna.

Ikan baung ekor merah adalah spesies ikan asing dan pemangsa yang agresif kerana menjadikan semua jenis ikan dan hidupan lain sebagai makanannya.

No comments:

Post a Comment