Monday 3 February 2020

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KUBANG KERIAN (1)

Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) atau nama ringkasnya SK Kubang Kerian (1), juga ditulis SKKK1 merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Jalan Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1920, bermula sebagai sekolah rakyat. Nama asalnya adalah Sekolah Melayu Kubang Kerian. Bangunan asal adalah merupakan sebuah bangsal kecil bertiangkan batang nibung dan beratapkan rumbia. Keluasan bangunan ini ialah 12 x 30 kaki persegi.

Keadaan sekolah sedemikian adalah biasa untuk Sekolah Melayu yang tidak mendapat bantuan daripada pihak kerajaan. Ia dikendalikan oleh pemimpin setempat dan mereka yang ingin melihat anak bangsa mendapat pendidikan asas.  

Tapak sekolah ini telah berubah beberapa kali sehingga pada tahun 1938 sekolah ini telah menerima satu bangunan kayu 20 x113 kaki persegi sebagai bangunan rasmi sekolah yang mempunyai empat bilik darjah dan satu bilik Guru Besar.

Pada tahun 1993 pengurusan sekolah ini terpaksa dibahagikan kepada dua iaitu SKKK1 dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 (SKKK3) kerana bilangan murid yang ramai dan bangunan yang sedia ada tidak mencukupi.

SKKK1 kekal di tempat asal dan SKKK3 dipindahkan ke tapak baharu berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Selain mempunyai pelajar biasa, di SKKK1 turut menyediakan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula Januari Januari 2004 melibatkan 2 orang guru dan 14 orang murid.

1 comment: