Friday 26 March 2021

PRU15 - Muhyiddin, Azmin siapa lebih berkuasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang kali memberi jaminan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan selepas darurat tamat apabila Malaysia pulih dari pandemik Covid-19 untuk kembalikan mandat rakyat.

Beliau berkata tidak berniat untuk menghalang pilihan raya tersebut, tetapi ia tidak dapat dilakukan pada waktu ini kerana jangkitan virus tersebut masih lagi serius.

“Pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja jawatankuasa (yang akan ditubuhkan) dapati pandemik reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat diadakan.

“Ini komitmen dan janji saya yang akan ditunaikan. Insya Allah,” katanya dalam pengumuman langsung mengenai proklamasi darurat yang akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos."

Berlainan pula dengan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang mengatakan PRU15 akan diadakan pada 2023.

“Pilihan raya seterusnya adalah pada 2023. Siapa janji untuk (laksana Undi18) pada 2020 atau 2021?”, kata Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sidang media.

Siapa lebih berkuasa? Muhyiddin atau Azmin. 

No comments:

Post a Comment