Thursday 1 April 2021

PAS TERIMA AHLI SEAWAL USIA 13

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju terhadap penangguhan pelaksanaan undi 18 kerana usia itu bukan penentu kematangan bagi rakyat negara ini memilih kerajaan.

"Undi bergantung kepada tahap kematangan. Jangan kira undi 18 tahun sahaja. Mestilah ada kematangan. Kita tidak boleh terpengaruh dengan barat.

"Konsep demokrasi barat bergantung pada tahap umur, bukan kematangan. Sebab itulah apabila sesuatu proses pertimbangan berlaku ia bergantung kepada kematangan bukan usia," katanya.

Nampaknya Pas semakin keliru dengan apa yang dilakukan. Umur 18 dianggap masih belum matang untuk memilih kerajaan, tetapi umur 13 sudah layak menyertai parti tersebut.

Fasal 11(3) Perlembagaan Pas, syarat menjadi ahli parti tersebut ialah aqil baligh mengikut hukum syarak.  

Bagaimanpun, kempen untuk menjadi ahli Pas sudah boleh menerima remaja seawal usia 13 tahun. Kalau umur 13 tahun sudah boleh mendaftar sebagai ahli Pas, mengapa pula usia 18 masih dianggap belum matang?

Ulama bermazhab al-Syafie, Ahmad, Abu Yusuf daripada ulama bermazhab Hanafi, dengan pandangan keduanya itu juga difatwakan di dalam mazhab dan al-Awza’ie menyatakan bahawa umur baligh adalah sempurna 15 tahun qamariyyah bagi lelaki dan wanita (sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ulama bermazhab al-Syafie) berdasarkan khabar (riwayat) daripada Ibn Umar yang bermaksud: Maksudnya: “Aku menyerahkan diriku kepada Nabi SAW pada peperangan Uhud ketika aku berusia 14 tahun dan Nabi SAW tidak mengizinkanku kerana Baginda SAW tidak menganggapku telah baligh. Aku juga menyerahkan diriku kepada Nabi SAW pada peperangan Khandak ketika aku berusia 15 tahun dan Nabi SAW mengizinkanku kerana Baginda SAW menganggapku telah baligh.

No comments:

Post a Comment