Friday, 27 June 2025

MAKSUD "GAMBAR SEKADAR HIASAN"

 
Maksud "gambar sekadar hiasan" ialah gambar tersebut hanyalah untuk tujuan estetik atau visual semata-mata, dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan kandungan utama atau tujuan sebenar gambar tersebut. Dalam konteks lain, ia mungkin juga bermaksud gambar itu tidak perlu diambil kira secara serius atau dianggap sebagai fakta.
 
Sebagai contoh, dalam artikel berita, gambar yang dilabel "sekadar hiasan" mungkin tidak berkaitan secara langsung dengan peristiwa yang dilaporkan, tetapi hanya digunakan untuk menarik perhatian pembaca atau memecah kesunyian teks. 
 
Dalam konteks lain, seperti dalam iklan, gambar mungkin menunjukkan produk yang serupa, tetapi bukan produk yang sebenar, sekadar untuk menunjukkan konsep atau gaya. 
Ringkasnya, "gambar sekadar hiasan" adalah gambar yang tidak perlu diambil kira secara serius, dan hanya berfungsi untuk tujuan estetik atau visual sahaja. 
 
Tetapi, dalam penulisan kewartawanan atau laporan, istilah "'gambar sekadar hiasan" digunakan apabila gambar tersebut mempunyai jalan cerita yang sama dengan berita tetapi ia bukan gambar sebenar seperti yang berlaku dalam berita tersebut.
 
Contohnya berita tentang kemalangan kapal terbang telah meletakkan gambar sebuah kapal terbang yang sama jenisnya, "gambar sekadar hiasan", bermaksud bukan kapal terbang itu yang kemalangan.
 
Dengan kata lain, "gambar sekadar hiasan", pada gambar itu ada beberapa elemen pada gambar yang memang berkaitan dengan artikel. Dalam bidang kewartawanan, ia boleh dianggap atau ditakrifkan sebagai "cara selamat" untuk kita tidak mengaibkan atau memalukan pihak yang kita perkatakan dalam artikel.
 
Jika orang politik menulis lalu meletakkan kapsyen "gambar sekadar hiasan" memang nampak hendak perli atau menganjingnya.
 
Gambar sekadar hiasan. 

No comments:

Post a Comment