Wednesday, 16 July 2025

AGEN KGB DITANGKAP DI MALAYSIA

 
Pada 14 Julai 1981, Utusan Malaysia menyiarkan kes penangkapan setiausaha politik Dr. Mahathir, Siddiq Ghouse di muka hadapannya dengan tajuk,
“Siddiq Agen KGB ditangkap” dan “3 Pegawai Pegawai Kedutaan Soviet diusir keluar 24 jam dari negara ini”.
Buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, tiga orang diplomat Rusia diusir dalam tempoh 24 jam dan kerajaan mengesahkan bahawa Siddiq Ghouse telah menjadi ejen Polis Rahsia Soviet (KGB).
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 14 Julai 1981 menegaskan, polis sudah pun merampas alat-alat yang dibekalkan oleh KGB Soviet kepada Siddiq termasuk kamera, beg dengan petak-petak yang sulit dan sebuah radio dengan bunyian khas mengikut saluran frekuensi khas yang digunakan oleh ejen KGB untuk menghubunginya.
Perisikan yang dijalankan pihak Polis Cawangan Khas mendapati ejen KGB selalu menemui Siddiq pada waktu malam ‘dalam gelap’ dan sesetengah pertemuan itu dibuat dalam kereta Siddiq sendiri.
Di samping menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Dr. Mahathir, Siddiq ialah Timbalan Ketua UMNO Sungai Petani Kedah dan pernah menjadi Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)
Sumber Kredit Syahril A. Kadir

No comments:

Post a Comment