Saturday, 16 October 2021

KAMPUNG PANTAI KUNDUR DESTINASI PELANCONGAN

 
Kampung Pantai Kundur adalah salah satu kampung di delta Sungai Kelantan yang terletak di jajahan Kota Bharu.

Kedudukan Kampung Pantai Kundur di tepi pantai Laut China Selatan di utara bersempadan dengan Pantai Mek Mas mengajur ke selatan bersempadan dengan Kampung Semut Api atau Pantai Cahaya Bulan.

Bersebelahan Kampung Pantai Kundur terdapat kampung dikenali Kampung Pulau Kundur.

Pembahagi kawasan antara Kampung Pantai Kundur dan Kampung Pulau Kundur ialah sebatang sungai iaitu Sungai Che Latih. Kedua-dua kampung ini dihubungi melalui jambatan.

Memang banyak orang keliru dengan lokasi Kampung Pantai Kundur dengan Kampung Pulau Kundur. Nama Kampung Pulau Kundur lebih dikenali.

Jarak Kampung Pantai Kundur dari jalan utama Jalan Kedai Buluh – Kuala Besar di hadapan Medan Ikan Bakar (MBI) adalah kira-kira dua kilometer. Keadaan jalan adalah kategori jalan kampung.

Selain itu, pengunjung juga boleh menggunakan Jalan Che Latif dan melalui jalan kampung.  

Antara mercu tanda kepada Kampung Pantai Kundur ialah Sekolah Kebangsaan Pulau Kundor dan Masjid Mukim Pantai Kundur.

Sekarang ini Pantai Kundur menjadi tumpuan pengunjung ke Pantai Pelancongan Pantai Kundur yang dibangunkan menjadi lokasi tumpuan ramai.

Apa yang menarik tentang Pantai Kundur adalah keadaan pantainya yang sunyi, terselindung.

Kerja-kerja menaiktaraf Pantai Kundur giat dijalankan termasuk menyediakan kemudahan asas seperti tandas, musalla, taman permainan, kerusi rehat, laluan trek joging dan kiosk.

Pantai Kundur akan menjadi pusat peranginan pilihan keluarga suatu masa nanti. Suasana redup dengan deretan pohonan rhu menjadikan ianya salah satu lokasi yang mesti dikunjungi.

Kemudahan asas seperti tandas, musalla, taman permainan, kerusi rehat, laluan trek joging, kiosk akan turut disediakan bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung.

No comments:

Post a Comment