Friday, 22 October 2021

PRINSIP PENCEGAHAN PENYAKIT DALAM ISLAM

 
Menurut al-Qudah (1987) bahawa prinsip pencegahan penyakit dalam Islam mempunyai beberapa keistimewaan antaranya ialah:

Peneraju
Prinsip pencegahan penyakit dalam Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Jika direnung kembali, prinsip tersebut merupakan beberapa hukum syarak yang sentiasa diamalkan oleh muslim tanpa mengira adanya kemanfaatan dari segi perubatan kesihatan.

Terdapat beberapa tamadun ketika muncul Islam di Semenanjung Tanah Arab. Tanah Arab di kelilingi oleh dua tamadun yang besar ketika itu; Rom dan Parsi.

Namun jika dilihat dari kesan peninggalan kedua-dua tamadun ini tentang satu sistem penjagaan kesihatan sebagaimana yang diatur oleh Islam, boleh dikatakan tiada rujukan yang menunjukkan ke arah perkara tersebut. Tuntas, Islam adalah peneraju kepada prinsip pencegahan penyakit.

Kredibiliti
Islam tidak memerlukan kepada apa-apa petunjuk untuk membenarkan segala ajaran yang ada di dalamnya.

Namun dengan perkembangan sains dan teknologi, kebenaran tentang ajaran Islam semakin terserlah. Ini dapat dilihat berkenaan prinsip pencegahan penyakit yang ada dalam Islam adalah selari dengan penemuan sains pada masa kini. Justeru menambahkan lagi keimanan umat Islam terhadap kebenaran Islam.

Sederhana dan mudah
Prinsip pencegahan pencegahan penyakit dalam Islam merupakan amallan yang mudah dilaksanakan. Ia tidak memerlukan kepada bajet kewangan yang besar dan waktu yang panjang untuk direalisasikan dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment