Monday, 9 June 2025

IKAN EKOR HANGUS

 
Ikan ekor hangus, juga dikenali dengan nama bala shark atau silver shark, asalnya di Malaysia. Ikan ini dipercayai hanya wujud di lembangan Sungai Perak dan Sungai Pahang, dan kemungkinan ada di Sarawak.
 
Kadangkala ada orang keliru di antara ikan ini dengan ikan umbut (Cosmochilus harmandi), iaitu ikan tempatan yang hidup di Sungai Pahang.
 
Ikan ekor hangus adalah salah satu ikan komersial di dalam pasaran ikan hiasan. Ikan ini banyak menghiasi akuarium.
 
Begitu pun, ikan ekor hangus dipercayaai sudah pupus di habitat semula jadi. Rekod terakhir penemuan yang tidak rasmi ialah pada tahun 1999 namun tidak boleh disahkan kerana tidak didokumentasikan. Sedangkan,dulu populasinya banyak sepertimana ikan lampam sungai (Barbonymus schwanefeldii).
 
Punca utama kehilangannya masih menjadi misteri dan sekadar ada teori yang mengaitkan dengan kesan pemanasan global yang turut memberi impak pada ekosistem perairan dan biologi. Namun ikan ini sempat diselamatkan di dalam dunia akuaria, di mana kita masih dapat melihat legasinya pada hari ni.
 
Sumber gambar - FB Jejak Air Tawar

No comments:

Post a Comment