Sunday 4 April 2021

RAKYAT CELARU, KELIRU AKIBAT GLAMOR PALSU

Catatan kali ini berkaitan gambar yang disertakan. Gambar yang dimuat turun dari laman sosial. Apa yang anda faham? Setahu dan apa yang banyak difahami, lambang itu merujuk kepada Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Parti Perikatan Nasional (PPN) menggunakan lambang lain. Memang parah sehingga tidak dapat membezakan mana lambang PPBM dan PPN.

Sebut sahaja yang berkaitan PPN memang banyak yang palsu dan glamor sahaja. Pengerusi PPN yang juga Presiden PPBM tidak menggunakan nama sebenar. Guna nama glamor.

Pemimpin yang berada dalam PPBM juga palsu. Dipilih pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 atas nama parti lain, tetapi kini bermagah sebagai Ahli Parlimen PPBM. Dapat jadi menteri dan paling penting menjadi bersih.

Pemimpin PPBM diberikan macam-macam gelaran. Rasa jijik hendak ditulis di sini. Cukuplah rakyat sudah tahu gelaran itu.

Peliknya, Parti Islam se-Malaysia (PIM atau Pas) boleh menerima dan menyokongnya. PIM kini diibarat sedang memikul biawak hidup.

Definisi glamor: daya tarikan yang menakjubkan (pada orang, tempat, pekerjaan): glamor sudah tidak bererti lagi bagi saya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

No comments:

Post a Comment