Tuesday 13 April 2021

APA KATA UMNO BERUSAHA SATUKAN PAS DENGAN PAN

Pas menegaskan belum bersedia menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (PAN).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbezaan fahaman menjadi punca parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan PAN.

 "Hari ini, Pas masih belum menemui titik persamaan antara Pas dan PAN," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam dan Dialog Profesional Anak Kelantan di Kota Bharu pada Sabtu, 10 April.

Kalau Pas tidak boleh terima PAN, begitu juga UMNO tidak boleh menerima PPBM. PPBM menjadi musuh politik paling jahat dan hina. PPBM ditubuh untuk menghapuskan UMNO. PPBM mencuri Ahli Parlimen UMNO.

Namun, Pas pula beriya-iya berkerjasama dengan PPBM. Hendak menyatukan UMNO dengan PPBM konon atas dasar perpaduan ummah.

Apa perasaan Pas jika UMNO pula beriya-iya ingin satukan Pas dengan PAN?

No comments:

Post a Comment