Tuesday 20 April 2021

KLUSTER PROPPBM TIDAK BERCAKAP JUJUR

KUALA LUMPUR: Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan, tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Mengulas mengenai isu itu, Shahidan berkata, UMNO sudah membuat keputusan 'No Anwar, No DAP' pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan ia perlu dihormati semua pihak.

Dua perenggan di atas dipetik dari sebuah laporan berita di media dalam talian.

Betul Perhimpunan itu menetapkan “No Anwar, No DAP”, tetapi itu belum lengkap. Satu lagi ialah “No Bersatu”.

Setiap kali mempersoalkan tentang apa yang dikatakan jajaran baharu politik selepas PRU15, kelompok yang proPPBM akan mengulangi tentang keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang mengambil keputusan tidak mengadakan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam menghadapi PRU15, tetapi mereka tidak akan menyebut bahawa keputusan itu juga tidak bersama PPBM.

Perjuangan proPPBM adalah bertentangan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020.

No comments:

Post a Comment