Thursday 3 June 2021

KADIR JASIN TIDAK FAHAM TUGAS ISMAIL SABRI

Sudah lebih setahun Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas tugas sebagai jurucakap kepada kerajaan dalam soal Covid-19. Namun, masih ada individu tidak tahu dan tidak faham mengenai tugas Ismail Sabri.

Antara individu yang masih keliru adalah Datuk A. Kadir Jasin, bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bercelaru!,” kata Datuk A. Kadir Jasin seperti dilaporkan MalaysiaGazette

Ini kerana soalnya, apakah tugas Ismail Sabri yang mengarahkan kilang arak ditutup.

“Bukankah ini bidang kuasa Menteri MITI (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)?,” soalnya.

Sambung beliau lagi, kalau ikut tugas, tanggungjawab Ismail mempertahankan wilayah negara dari diceroboh. Azmin pula menjaga industri termasuk kilang arak.

Kadir berkata, beliau bimbang Ismail Sabri yang sibuk tentang operasi kilang arak hingga wilayah negara diancam dan diceroboh.

Ismail Sabri bukan sibuk tentang operasi kilang arak yang memang terletak dalam bidang tugas Menteri MITI.

Ismail Sabri menjalankan tugasnya mengumumkan apa yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Antara yang diputuskan oleh MKN ialah operasi kilang arak diarah dihentikan sepanjang tempoh PKP 3.0, biarpun pada awalnya ia mendapat kelulusan MITI untuk dibuka.

Ismail Sabri juga mengumumkan mengenai penutupan operasi perkilangan lain, tetapi mengapa Kadir hanya berminat hendak mempersoalkan mengenai penutupan operasi kilang arak sahaja?

No comments:

Post a Comment