Semua
pemimpin parti politik termasuk pembangkang supaya bersama-sama memikirkan
kemaslahatan rakyat ketika ini yang lebih memerlukan perhatian ketika pendemik.
Selain
itu pemimpin politik sepatutnya menghentikan segera pergeseran untuk merebut
kuasa seperti yang berlaku ketika ini.
Bukannya
terus bersengketa merebut kuasa, kerana perbalahan itu boleh meruntuhkan negara.
Rakyat
sudah bosan dengan gelagat pemimpin politik yang hanya memikirkan tindakan
untuk mendapatkan kuasa dengan pelbagai cara.
Perlu
diingatkan, setiap tindakan yang dilakukan perlu selaras dengan undang-undang
yang ada. Perebutan kuasa tidak akan berlaku jika masing-masing memahami
peruntukan Perlembagaan.
Ikut
peruntukan Perlembagaan. Tidak perlu berdolak dalih. Jika tiada penyelesaian segera,
keadaan akan menjadi semakin rumit.
Kemelut
politik yang berlarutan sekarang mendatangkan masalah besar kepada kehidupan
rakyat. Kes semakin meningkat yang diikuti dengan kematian juga semakin tinggi.
Pemimpin
parti politik sepatutnya memikirkan tentang kemaslahatan rakyat ketika ini yang
lebih memerlukan perhatian terutama apabila berlakunya peningkatan kes kematian
disebabkan COVID-19.
Dalam
keadaan sekarang, yang ingin kekal berkuasa dan kelompok ingin mendapat kuasa
perlu ‘bersemuka’ dan berbincang. Gunakan fakta yang ada. Jangan hanya
menjadikan auta sebagai alasan.
No comments:
Post a Comment