Tuesday, 9 November 2021

CARA KAWAL POPULASI SIPUT GONDANG EMAS

 
Siput gondang emas merupakan perosak tanaman padi utama di Malaysia. Serangan siput gondang emas menyebabkan kerosakan apabila siput memakan anak padi yang baru tumbuh (2-4 minggu selepas tabur) sampai ke pangkal pokok mengakibatkan pokok padi tidak dapat pulih.

Seekor siput gondang emas dapat memusnahkan 1 meter persegi anak padi. Tempoh kritikal serangan siput gondang emas hanya terhad kepada 4 minggu pertama selepas tabur. Serangan teruk menyebabkan kehilangan hasil sehingga 93%.

Terdapat beberapa kaedah untuk mengawal populasi siput gondang emas:
- Kutip telur musnahkan atau beri makan kepada itik.
- Bajak kering dan tabur kering.
- Pasang bubu atau jaring bersaiz 0.5 cm di pintu masuk air untuk memungut siput dan musnahkan atau beri makan kepada itik.
- Kurangkan air sawah ke paras 1 cm bagi menghalang siput daripada bergerak dan makan.
- Ratakan tanah supaya kedalaman air dapat disamakan dan dapat dialirkan dengan baik dan tiada lopak air.
- Gali parit ladang di sekeliling sawah untuk memudahkan pengutipan siput. - Letakkan pancang kayu di kawasan parit ladang atau dalam bendang untuk siput bertelur dan memudahkan pengutipan telur.
- Letakkan umpan seperti kulit nangka, kulit cempedak, ubi kayu, daun pisang, daun keledek dan lain-lain sebagai umpan bagi memudahkan kutipan siput.
- Lepaskan itik di sawah sebelum menabur dan selepas padi berumur 35 hari. - Gunakan racun siput niclosamide ethanolamine (bila perlu).

Gambar atas: Daun ubi kayu digunakan sebagai umpan siput gondang emas berkumpul dan memudahkan untuk dikutip


Gambar: Pancang kayu diletakkan agar siput gondang emas bertelur dan memudahkan untuk dikutip kemudian dimusnahkan


Gambar: Itik dilepaskan ke sawah yang akan mencari siput gondang emas untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment