Barbados adalah
sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Laut
Atlantik.Merangkumi salah satu daripada gugusan pulau Antillen Kecil, Barbados
terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.
Barbados
masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai Little
England atau England Kecil bagi kepulauan Caribbean kerana pengaruh
Britain yang kuat di pulau itu.
Pulau
Barbados terletak 2585 km dari tenggara Miami, Florida Amerika Syarikat dan 860
km dari Caracas, Venezuela. Luas keseluruhan negaranya hanya 430 kilometer persegi,
Barbados
merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan
pusat tanah tinggi dengan puncak tertinggi ialah Gunung Hillaby (336 m).
Barbados
telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai
kemerdekaan pada 30 November 1966.
Pada
15 September 2020, pemimpin Barbados mengumumkan pelaksanaan membubarkan kuasa
beraja dan beralih sebagai suatu negara republik pada 30 November
2021.
Bermula
30 November 2021, Barbados menjadi sebuah negara republik sepenuhnya. Dengan
status republik, Barbados secara rasminya memutuskan hubungan dengan monarki
British.
Barbados
akan diketuai oleh seorang presiden di kalangan rakyatnya sendiri. Presiden
pertama Republik Barbados ialah Sandra Mason.
Penduduk
negara ini biasa menyebut diri mereka sebagai Barbadian atau Bajan. 93% dari
penduduk negaranya berkulit hitam, hanya 3,2% saja yang berkulit putih dan
bakinya etnis campuran 2,6%, menyusul berbagai suku India 1% dan etnis lainnya
0,2%.
Jumlah
penduduknya sekitar 287 ribu berdasarkan data tahun 2020 dengan hampir separuh menetap
di kota Bridgetown, ibu negara negara berkenaan.
Majoriti
penduduk Barbados menganut agama Kristian dengan peratusan sekitar 63 peratus
daripada jumlah penduduk. Penganut agama Islam di Barbados sekitar 4000 orang.
Gambar: Sumber dari internet
No comments:
Post a Comment