Banyak
orang telah mengidam hendak sambut raya tahun ini dengan meriah setelah tahun
sebelumnya disambut sederhana akibat PKP. Salah satu unsur kemeriahan sambutan
ialah dengan pelbagai jenis hidangan dan kuih muih serta biskut.
Bahkan,
pada bulan Ramadan ini, lauk dan kuih banyak yang menggunakan telur. Di
Kelantan, kuih jala mas dan kuih tahi itik sepenuhnya menggunakan telur.
Sedangkan
persiapan biskut raya telah bermula sejak Ramadan lagi. Ada juga yang membuat
persiapan lebih awal lagi.
Jadi,
pada Ramadan, penggunaan telur akan meningkat tinggi, yang pastinya akan turut
meningkat adalah harga.
Oleh
itu, isu kenaikkan harga telur dijangka memuncak pada Ramadan dan akan
berlarutan hingga ke hari raya jika tidak ada usaha untuk menanganinya.
Sebagai
pengguna, kita boleh membantu mengawal harga dengan mengurangkan penggunaan
telur. Gunakan sekadar yang ‘wajib’ sahaja.
Teori
permintaan dan penawaran, jika permintaan tinggi sedangkan penawaran kurang,
maka harga akan meningkat. Sebaliknya, jika penawaran tinggi, sedangkan
permintaan kurang, harga akan jatuh.
Jadilah
pengguna yang bijak.
No comments:
Post a Comment