Friday, 25 March 2022

Yayasan Amal Datuk Zul Wisma serah bantuan

 
Yayasan Amal Dato' Zul Wisma diketuai oleh Datuk Zul bersama Nazmi Seman (ALP Yayasan) dan Zul Azree (Pengerusi Tabung Beras 8 Asnaf) ke rumah golongan asnaf, di Kg Kelar, Pasir Mas.

Ali (bukan nama sebenar) baharu saja seminggu keluar daripada penjara setelah 5 bulan berada di penjara Pengkalan Chepa. Manakala isterinya pula sudah 2 minggu koma dan sedang dirawat di ICU HRPZ akibat pendarahan dalam kepala.

Ali masih lagi mencari pekerjaan untuk menyara anaknya yang berumur berumur 4 tahun dan anak bongsunya yang berumur 1 bulan lebih. Buat masa ini, beliau tidak mempunyai sumber pendapatan langsung untuk menyara keluarganya kerana belum lagi mendapat pekerjaan.

Menginsafi keadaan tersebut, semasa sesi lawatan tersebut, sumbangan wang zakat, susu bayi dan makanan kering yang berjumlah lebih RM1,000 diserahkan kepada Ali dan keluarganya.

Bantuan yang disumbangkan diharapkan meringan beban yang ditanggung.

Slogan Yayasan Amal Dato Zul Wisma adalah "Jangan biarkan mereka lapar"

No comments:

Post a Comment