Monday 28 March 2022

TUMPAT DESTINASI PELANCONGAN MENARIK

Di jajahan (daerah) Tumpat terdapat banyak penduduk beragama Buddha (agama yang diasaskan oleh Sidharta Gautama) dari kaum Siam. Maka, di jajahan Tumpat terdapat banyak wat yang dibina oleh masyarakat Siam sebagai tempat ibadat.

Salah satu wat yang terdapat di jajahan Tumpat ialah Wat Mai Suwankiri (Dragon Boat), Kampung Dalam. Kedudukannya di tepi jalan utama Jalan Kampung Terbak – Kok Keli – Sungai Pinang.

Ia sering menjadi destinasi pelancongan di kalangan penganut agama Buddha dari dalam dan luar negara.

Wat yang terdapat di Tumpat menjadi tarikan pelancongan agama di kalangan penganut agama Buddha.

Kedatangan pelancong ke jajahan Tumpat bukan sahaja untuk melawat wat, kerana sudah tentu mereka juga ingin menikmati keindahan pantai di jajahan Tumpat seperti Pantai Geting dan Pantai Sri Tujuh.

Tumput juga mempunyai banyak kawasan pulau yang menarik terletak di delta Sungai Kelantan. Pasar Terapung terletak di Pulau Renjuna menjadi tumpuan pelancong. 

Pulau-pulau lain yang terdapat di delta Sungai Kelantan ialah Pulau Seratus, Pulau Suri, Pulau Haji Nik Mat, Pulau Beluru dan dan beberapa pulau lain.

No comments:

Post a Comment