Monday 4 April 2022

LAIN BANGSA BUKAN PENGHALANG MEMBANTU

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) semakin diyakini oleh NGO, syarikat dan orang perseorangan untuk menyerahkan amanah agar sumbagan, sedekah dan zakat mereka diagihkan kepada golongan asnaf.

Menyedari peri pentingnya adanya NGO seperti PCAK dalam membantu golongan asnaf, mendorong Tan Kim Soon turut aktif dalam aktiviti PCAK.

Berlainan agama dan bangsa tidak menghalang beliau untuk bersama-sama PCAK. Pada beliau, apa yang penting ialah melakukan kebaikan sesama manusia.

Bahkan dalam melakukan aktiviti bersama PCAK, beliau juga menemui individu sebangsa iaitu di kalangan mualaf yang menjadi sebahagian asnaf yang sentiasa disantuni oleh PCAK.

Beliau ditemui ketika bersama-sama ahli PCAK lain menyantuni penarik baca di Kota Bharu.

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memberi peluang lebih banyak asnaf dapat dibantu.  

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021

No comments:

Post a Comment