Monday 11 April 2022

CARA MUDAH SEDIA MAKANAN SIHAT

 
Amal pemakanan sihat sebenarnya tidak susah. Lebih mudah berbanding makan yang tidak sihat. Tetapi, kita lebih suka buat makanan yang tidak sihat biarpun lebih susah dan lebih mahal.

Di sini dikongsikan catatan Dr Imelda Balchin di FB mengenai perbandingan mudahnya menyediakan pemakanan sihat berbanding yang tidak sihat.
Minum ayaq kosong, tak payah pun susah-susah bancuh sirap bandung.
- Potong buah, lagi senang dari buat cookies atau kek.
- Lontaq ikan ke dalam oven grill, lagi senang dari goreng ikan.
- Buat oat porridge untuk sarapan pagi, lagi senang dari masak nasi lemak.
- Persediaan salad dan ulam-ulaman lagi senang dari buat coleslaw
- Makan buah pisang, lagi senang dari buat goreng pisang cheese.
- Buat teh tanpa gula, lagi senang dari buat teh tarik.
- Masak nasi kukus, lagi senang dari masak nasi briyani.
- Tak hisap rokok, lagi senang dari hisap rokok.

No comments:

Post a Comment