Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) bantu asnaf. Banyak
antara kita tidak sedar bahawa di sekeliling kita terdapat individu yang amat-amat
memerlukan bantuan daripada orang ramai sama ada dalam bentuk kewangan,
barangan keperluan dan sokongan moral.
Namun,
apabila ada tular di media sosial, maka baharu ada yang beriya-iya ingin
membantu. Itu tanda sikap prihatin rakyat Malayisa.
Tetapi,
persoalannya apa pula nasib golongan asnaf yang kisah mereka tidak tular di
media sosial? Adakah hak mereka untuk dibantu dibiarkan begitu sahaja.
Justeru, PCAK memainkan peranan menghubungkan asnaf
dengan penyumbang. PCAK menjalin hubungan dengan NGO dan pemimpin masyarakat
untuk mengenal pasti golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
Selain
menyerahkan bantuan, PCAK akan ambil maklum mengenai maklumat asnaf yang
disantuni bagi membolehkan rancangan atau diusahakan bantuan lain yang
diperlukan.
Jika
keperluan asnaf itu tidak mampu disumpurnakan oleh PCAK, bantuan NGO, organisasi
atau orang perseorangan akan dipohon bagi pihak asnaf berkenaan.
Bagi
membolehkan PCAK terus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf, sumbangan
orang ramai amat-amat dialu-alukan.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
Keterangan
gambar:
Tiga
beradik yatim piatu berusia 18, 16 dan 14, berasal dari Kampung Jelor, Pasir
Putih, Kelantan.
Ketiga-tiga
mereka dikategorikan lembam. Namun terpaksa menjalani kehidupan tanpa
pengawasan orang dewasa. Individu yang membantu dari jauh hanyalah bapa saudara
yang tinggal berasingan, selain jiran-jiran terdekat.
No comments:
Post a Comment