Suami
saya adalah pembekal ayam kampung. Alhamdulillah, banyak restoran yang menyajikan lauk ini.
Kebanyakan
restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang
potong 4, ada potong 8!
Apabila
ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan
organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Selalunya
suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar
di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang
terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang
lain.
Maka
jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak
disedekah kepada orang lain.
'Ada
kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.' Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di
satu pagi.
Kebetulan
suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami
ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak.
Sebenarnya
ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil.
Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami
boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua!
Padan muka kakak uruskan.
Kami
hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya,
saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
'Ti,
tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi.
Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil
jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga.
“Bimbang
orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak,
ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah
habis semuanya.'
Tersenyum
saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
'Semalam,
lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak 'message'.
“Terima
kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap
macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga.
Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap
polis kes mencuri.
“Saya
tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah
satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam
ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat
makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
“Ti,
kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam.
Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita
selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap 'sampah' ni.”
Allah
Allah. Menangis
saya baca.
Sungguh,
zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga
hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita
dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana
kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu.
Yang
paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana.
Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.
Sedekahlah.
Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat
pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Ikhlas!
Beri kemudian lupakan.
Allah
Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu
leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami
pada hak saudara kami yang susah.
Sungguh,
kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa...
Sampah
bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga
Allah ampunkan kami.
Disunting
dari media maya.
No comments:
Post a Comment