Kadar
kemalangan masih menakutkan. Saban tahun terutama ketika musim perayaan, banyak
nyawa terkorban.
Pada
logiknya, kadar kemalangan jalan raya akan meningkat berikutan pertambahan
jumlah kenderaan berdaftar di seluruh negara.
Justeru,
dengan pertambahan jumlah kenderaan itu semestinya perlu ada perancangan lebih
strategik dan sistematik pada masa depan untuk memastikan kadar serta peratusan
kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut dapat diturunkan pada kadar
paling minimum.
Pada
dasarnya, menjadikan jumlah sifar kemalangan jalan raya adalah mustahil dicapai
di negara ini kerana banyak faktor penyumbang kepada kejadian berkenaan
terutama sikap pemandu masih berada pada tahap teruk berbanding aspek jalan
raya, teknikal, cuaca dan keadaan kenderaan itu sendiri.
Banyak
lagi perlu diperbaiki untuk membentuk pemandu berhemah, berdisiplin, beretika
dan akhirnya membentuk pemandu bertaraf kelas pertama. Penunggang dan
pembonceng motosikal terus mencatat jumlah tertinggi kemalangan maut di negara
ini.
Penunggang
dan pembonceng motosikal adalah golongan paling tinggi maut dalam kemalangan
iaitu 17 kali ganda risiko kematian berbanding kereta kerana ia tidak mempunyai
ciri keselamatan dan sikap buruk penunggang sendiri.
Penunggang
motosikal yang kebanyakan berusia antara 18 hingga 25 tahun masih ego dengan
darah muda mereka dan mahu menjadi raja di jalan raya serta mengabaikan
peraturan lalu lintas, kadar kemalangan maut melibatkan mereka kekal tinggi.
Berdasarkan
jumlah kemalangan jalan raya, kita sudah dapat menjangka bagaimana tahap
pemandu di negara ini. Ternyata masih teruk dalam pelbagai aspek.
Sudah
pasti, semua agensi penguat kuasa tidak mempunyai kekuatan serta anggota yang
mencukupi bagi menjalankan operasi bersepadu sepanjang masa untuk memantau
pergerakan kenderaan di seluruh negara.
Oleh
itu, sebagai pengguna jalan raya mereka seharusnya bekerjasama mengurangkan
beban penguatkuasa itu dengan mengubah minda menjadi pemandu berhemah yang
mematuhi peraturan lalu lintas.
Kesalahan
biasa yang kerap dilakukan pemandu seperti menggunakan telefon bimbit tanpa
alat bebas tangan, memotong garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah
dan memandu secara melulu serta berbahaya patut dikikis.
No comments:
Post a Comment