Kucing
sejenis haiwan peliharaan yang jinak. Banyak orang suka pada kucing. Kucing
dijadikan haiwan peliharaan yang menghiburkan dan dijaga dengan kasih sayang. Keberadaan
kucing di rumah menjadi penyeri dan mewujudkan hubungan mesra ahli keluarga
yang mempunyai minat sama terhadap kucing.
Persoalannya,
bagaimana pula perasaan kucing terhadap manusia? Adakah haiwan peliharaan yang
ada berharga sehingga ribuan ringgit seekor itu sekadar hadir dan hidup dalam
kelompok manusia tanpa sebarang bentuk hubungan emosi.
Herdasarkan
penelitian, ada bukti bahwa kucing sensitif dengan emosi manusia. Mereka
seperti mampu mengetahui emosi manusia dan mampu bertindakbalsa dengan aksi
yang tertentu. Sebab itu hubungan manusia dengan kucing dianggap unik dan
mempunyai daya deria yang rapat.
Dari
mata turun ke hati. Kerdipan perlahan mata kucing terhadap kita menunjukkan dia
percaya sepenuhnya dengan kita. Kita pun boleh buat kerdipan mata
perlahan-lahan sambil pandang mata kucing.
Kalau
kucing itu bertindak balas kerdip mata juga, itu maksudnya dia percaya dan
tidak takut kepada kita. Dia yakin dan selesa berada berhampiran kita.
Ada
kajian mengenai tabiat kucing berkaitan hubungan dengan manusia. Didapati
ketika pemiliknya tersenyum, kucing cenderung memperlihatkan sikap ‘positif’
seperti mengeluarkan suara khas, menggeselkan badan, atau duduk pada riba.
Kucing
juga cenderung ingin menghabiskan waktu dengan tuannya ketika tuannya tersenyum
dan ceria. Sebaliknya, sifat-sifat itu tidak ditunjukkan jika berada bersama
dengan orang tidak dikenali.
Kajian
itu juga mendapati sifat kucing hampir sama dengan anjing dalam soal mengenali
ekspresi manusia. Sebenarnya, kucing mampu memahami emosi manusia lebih dari
apa yang kita jangkakan.
Sebab
itu, kucing yang dijaga dengan baik akan 'membalas' perbuatan itu dengan
ciri-ciri haiwan peliharaan yang baik. Kucing boleh diasuh dan diarahkan
melakukan amalan tertentu seperti tempat berak, tidak berada di tempat tertentu
atau apa-apa yang kucing dapat mengerti.
Kucing
memang tertarik kepada manusia bukan saja untuk mendapat makanan, bahkan untuk
dibelai dan diberi perhatian. Sebab itu, kucing suka berada dekat dengan
manusia dan mengharapkan untuk dibelai atau dijadikan sebahagian daripada
kelompk manusia.
Selain
sikap positif seperti mengeluarkan suara khas dan menggeselkan badannya, dapati
bahawa kucing menunjukkan posisi tubuh tertentu di bahagian telinga dan ekor.
Gerakan itu dikaitkan dengan perasaan puas.
Ekor
pun memainkan peranan penting. Kucing kalau gembira dia akan main-mainkan ekor
dia. Kalau dia perlahan-lahan usap ekor dekat kaki atau tubuh anggota kita yang
lain, itu bermaksud dia selesa dan sayang dengan kita.
Satu
lagi tanda kucing mempunyai hubungan rapat dengan kita ialah dia akan datang
dan berada berhampiran. Kadang-kadang dia akan tidur berhampiran dengan kira.
Ini salah satu tanda dia sayang kat kita. Nak teman kita setiap masa masa.
Tabiat
ini juga menunjukkan kita ini milik dia. Takkan membiarkan kita jauh dari dia
walaupun waktu rehat dia.
Aksi
kucing sentiasa dirakam untuk dilihat berulang kali. Kucing menjadi terapi
untuk pemiliknya mendapat kehidupan lebih baik. Namun, ada orang alahan dengan
kucing, terutama bulunya. Jika tidak suka kepada kucing, janganlah pula disiksa
kucing itu.
No comments:
Post a Comment