Kawah digunakan semasa
memasak gulai pada majlis kenduri. Kawah atau juga dikenali kuali besar memang
sesuai untuk memasak dalam kuantiti banyak.
Menggunakan kawah memang
memudahkan dan mempercepatkan proses memasak. Namun, tidak ramai yang suka cuci
atau basuh kawah. Pertamanya kerana bukan senang nak basuh kawah yang besar dan
tentulah kotor setelah digunakan. Kawah tentu dalam keadaan hitam yang jika
dipegang akan menyebabkan tangan kotor.
Semasa membasuh kawah kena berhati-hati. Perlu diingat, di bahagian tepi kawah
agak tajam. Jika tidak berhati-hati pasti akan menyebabkan tangan tercedera dan
berdarah.
Sebab itu jika membasuh
kawah sesuai dilakukan dua orang agar mudah untuk mengangkat dan mengubah
kedudukan kawah agar boleh dibasuh di bahagian bawah.
Memandangkan kawah
diperbuat daripada besi, memang ia mudah berkarat atau ada debu-debu karat.
Setelah dibasuh dan dibiarkan kering, tambah pula dalam keadan cuaca panas,
tidak sampai sejam akan kelihatan warna perang tanda tanda ada karat.
Jadi, untuk mengelak kawah
menjadi berkarat, setelah dibasuh hendaklah disapukan minyak masak ke seluruhan
bahagian.
Sebelum kawah digunakan semula, elok dibasuh kawah
itu dan dipanaskan dengan sedikit air yang mana air itu akan dibuang setelah
panas dan diratakan ke seluruh bahagian dalam kawah. Tindakan itu bagi membuang
debu-debu karat yang ada.
No comments:
Post a Comment