Kawalan penularan wabak penyakit
perlu dilakukan dengan mengambil beberapa langkah. Hal ini telah dinyatakan
dalam hadis Rasulullah SAW. Apa disabdakan Baginda satu perkara tepat dan amat
bermanfaat untuk mengawal penyakit.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Jika kamu dengar berita sesuatu wabak taun berlaku di sesuatu
tempat, maka janganlah kamu memasuki tempat itu dan jika ia sudah berlaku di
tempat kamu maka jangalah kamu keluar daripadanya.” (Hadis riwayat Bukhari)
Maksud hadis itu jelas menekankan
kepada aspek pencegahan kawalan penyakit daripada merebak. Penyakit taun
memang dikenali antara penyakit yang mudah merebak melalui penyebaran kuman e-colai
yang tersebar melalui najis pesakit serta lelahan dari badan.
Penyakit ini sukar dikawal dan
boleh membawa maut dalam masa beberapa hari kepada pesakitnya jika tidak
dirawat segera. Untuk mengelak dari penyakit ini tersebar ialah dengan
menahan pesakitnya agar tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang
akan membawa bersama kuman tersebut.
Begitu juga, orang yang tidak
dijangkiti berjangkit dilarang berhubungan atau berada bersama dengan pesakit.
Orang yang tinggal bersama pesakit biarpun belum disahkan dijangkiti turut
dinasihatkan tidak keluar ke tempat lain kerana dikhuatiri mereka sebenarnya
telah dijangkiti tanpa ada kesan awal dapat dikesan.
Jelas sekali, apa yang disabdakan
oleh Rasulullah SAW adalah kaedah tepat bagaimana hendak mengawal penyakit
daripada merebak. Kemasukan individu yang mengidap penyakit ke sesuatu
tempat menjadi punca kepada penyebaran penyakit.
Negara kita mengalami masalah
penyebaran penyakit terutama oleh pendatang asing dari luar negara, khususnya
PATI yang menyebarkan penyakit tertentu. Begitu juga kerajaan melarang
rakyat kita ke luar negara jika di situ ada masalah penyebaran penyakit di
sesebuah negara.
Jelas sekali bahawa apa yang
diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah perkara yang benar dan diakui melalui
perubatan moden hari ini.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung
dengan agama Islam) menurut kemahuannya dan pendapatnya
sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau
hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm,
ayat 2-4)
No comments:
Post a Comment